Friday, July 22, 2011

rabu....khamis.., -> jumaat?sabtu?ahad?

Kenapa ni ???
Kau ada buat salah apa-apa ke eiryn??
Habis tuh kenapa macam lain je dua hari ni??
emmm...

Mesti kau ada buat salah nie...
Baik kau ingat balik ...
Ke tu cuma perasaan kau je eiryn?

Dia dah cakap dah dia tak marah kau,
Kau takderk buat salah pun..
Kau je fikir bukan2 ni...
Perasaan kau je tuh...
Dia okeyh je dengan kau pe...

Tapi nape aku rase macam lain?
emmm,,


-=(

Saturday, July 16, 2011

Sekuat manakah diri ku ini?
Mengharungi badai yang mendatang..
Merenangi lautan yang dalam..
Melawan ombak yang terus memukul..

Sedalam mana cinta ku padanya? 
Tidak mampu untuk aku ukuri,
Hilang diri nya,
Maka hilang lah separuh dari diri ku,

Cinta da sayang ku pada dia,
Tidak ada penghujungnya..
Bila berakhirnya nafas ku...
Akan ku bawa rasa cinta dan sayang ku bersama...

=(
~lovedear~

MY NOTE

MATH

IMPERIAL = zaman dulu

  • Feet (ft)
  • inch
  • pints (pt)
  • quarts (qt)
  • fahrenheit (oF)

METRIC =zaman sekarang

  • liter (l)
  • mililiter (ml)
  • gram (g)
  • kilogram (kg)
  • meter (m)
  • celcius (oC)


1 oz =28 g

1 lb(pounds)=0.45 kg

1 oz =0.03 l
        = 30 ml

1 cup = 0.25 l

1 pt = 0.47 l

1 qt = 0.95  l

1 gallon = 3.85  l

1 inch = 2.5 cm

1 ft = 30 cm

1 yard = 0.9 m

1 miles = 1.6 km

1 tbsp = 15 ml = 0.015  l
1 tsp = 5 ml = 0.005  l

/ = bahagi
* = darab

convert the measurement below

67 lb = ? g

1 lb = 0.45 kg,
tukarkan kg kepada g,
0.45 kg darab dengan 1000 = 450 g

67 lb * 450 g/ 1 lb
(67 lb darabkan dengan 450 g / 1 lb)
(pastikan jika unit yang ingin dicari,contohnya jika ingin tukar kan oz ke ml,ml akan berada di atas dan akan jadi seperti = ml/oz ,jadi barulah dapat dipotong kan unit oz tersebut)

67 * 450 g = 30150 g

2) 745 ml= ? oz

1 0z = 30 ml

nk cari oz jd oz akan berada di atas dan dibahagi dengan ml

745 ml * 1 oz / 30 ml
745 / 30 =24.83 oz

3) 0.83 cup = ? tbsp

1 cup = 0.25 l
1 tbsp = 0.015 l

tbsp dan cup mempunyai unit liter yang sama,jadi cup perlu ditukar dahulu kepada liter kemudian baru ditukar kepada tbsp.

0.83 cup * 0.25 l / 1 cup
0.25 liter perlu ada di atas dan dibahagi kepada 1 cup,supaya dapat dipotong unit cup tersebut..

0.83 * 0.25  liter / 1 = 0.2075 liter

kemudian liter perlu ditukar kepada tbsp

1 tbsp = 0.015 liter

0.2075 liter * 1 tbsp / 0.015 liter

1 tbsp perlu ada diatas dan dibahagi dengan 0.015 liter untuk dipotong unit liter tersebut

0.2075 * 1 tbsp / 0.015 = 13.83 tbsp

formula untuk tukarkan unit suhu

oF tukar kepada oC
= tolak 32 dari suhu oF yang diberi,kemudian darab kan dengan 5/9

cth = 332oF = ? oC

= 332 oF - 32 * 5/9
= 300*5/9
=167 oC

oC tukar kepada oF
= darabkan jumlah suhu oC yang diberi dengan 9/5 dan tambahkan dengan 32

cth- 65 oC=? oF

=65 oC* 9/5 + 32
= 117 + 32
= 149 oF







HINGGA HUJUNG NAFAS KU..

 Sungguh aku terasa

sakit nya di hati,

melihat kan wajahmu pun aku tak sanggup,

bukan kerana benci,

tapi hati ku tak bisa lagi menerima,

aku tidak mengerti,

apa sebenarnya niat di hati mu,

apa yang kau inginkan,

jika kau rasa,kau bisa melunturkan,

rasa cinta ku pada si dia,

lupakan saja,

kau benar2 tidak memahami aku,

aku yang tegar memilih jalan ku,

aku yang sedia menghadapi apa jua dugaan,

aku yang nekad untuk mencintai dan menyayangi si dia,

jika benar takdir ku bukan untuk memilikinya,

aku akan tetap terus MENCINTAI dan MENYAYANGI  si dia ,

HINGGA KE HUJUNG NAFAS KU...


~EIRYN CINTA DEAR ~

Monday, July 11, 2011

Siapa suruh kau cari nahas??

pergi melilau2 lagi ...

Ha kan kau dah kena !!!

Padan lah muka kau..

Lain kali kau jangan ngade2,gatal2 ,pandai2 lagi melilau...

Padan muka kau,,,

Padan muk kau EIRYN !!!!

 =,(

Thursday, July 7, 2011

One day i feel i want to cry..(but everyday i feel the same)

But the reason i want to cry,not because I feel sad,but it more to  "TERHARU "

WHY??


because of this conversation..


Dear= i love you so much syg
syg= seriously?why?
Dear= because i put my love in your heart.
Syg= i love you dear..muah
Dear= i love you to syg,i hope i can make you happy with me,
Syg= i'm happy with you dear,but did you happy with me?
Dear= i'm happy with you syg,muah,just take care yourself and know that i love you like my life.
Syg= dont leave me dear,i love you so much
Dear= i dont leave you,you are half of my body,
Syg= dear,can i cry?
Dear= no,save your eyes water
Syg= hehe,it better if you said  tears..hehe..but why?
Dear= huhu,sorry, i am jawa men,hehe,because i want to cry with you with hold our diploma.
Syg= seriously?hehe
Dear= yerp,i hope we can cry together...heheh




This what i love more n more n more than what i love,,,hhahah,,i want to do the best,and get the best result,hope you also do the best,struggle ,until the day of we get our diploma.still have another 5 sem ..

CHAIYOK2 DEARSYG,,MUAHHH.!!!

TERKELU LIDAH !!!

Alkisah nya suatu hari,tanpa dirancang,tanpa berjanji  T  memakai baju kurung berwarna merah..
 
T berada di dalam kelas menunggu pensyarah dia masuk,tengah duduk2 lepak2 dalam kelas ,T ternampak kelibat M.T berjalan dengan member dia si Pakcik..Yang best nya M.T pakai kemeja warna merah...lalaalaa...(Memang tak janji langsung oke,diorang berdua memang selalu terpakai baju sama warna,,,sixsenth,,huhu)

(mesej)
T=baju kita sama warna..
M.T= taw tak perk
T= tiru ni
M.T = mana ada tiru,copy and paste jerk...heheh
T =yelah ..huhu
M.T = nanti lepas kelas kita jumpa ek,kita amik gambar sama2.
T= oh oke...kita jumpa dekat kafe..

(KAFE)

T tunggu M.T dekat kafe admin,sebab T keluar awal ,

Tengah2 tunggu M.T sampai,mula nya dye nampak macam tangah mencari2 sedangkan dia da terpandang pun T..

Bila dia duduk sebelah T dia tersenyum jerk,T tanya nak makan tak,dia cakap tak,tapi lepas tuh dia bangun pergi beli makanan.

(apa kena dengan M.T ni macam pelik je)

Lepas tu bila nak amik gambar dia just senyum2 macam tak tentu arah je..

Kesudahannya langsung T dan M.T tak bergambar bersama2..

(mesej)

M.T= cantik T hari ni,cantik sangat
T= takdelah mana ad cantik
M.T= cantik lah T
T= hari ni je cantik?
M.T = hari2 T cantik tapi hari ni nampak lain,T pakai makeup,cantik sangat,nanti nak amik gambar dengan T ye.
T= eleh,tadi kata nak amik gambar tapi takde pun.
M.T= tadi sebenarnya tangah terkelu lidah,tak tahu nak cakap pe,cantik sangat
T=lah yeke?
M.T=ye ,tadi pun takperasan pun T,padahal dah pandang da.nampak lain,cantik,,sampai tak terkata,,huhu
T=ohhh,,tu yang terkelu lidah,tak tentu arah je tu,,hehehe

THE END

Saturday, July 2, 2011

percaya tak kalau aku cakap aku pernah terfikir untuk mati?



Duit dan Nasihat mana lagi berharga?

DUIT DAN NASIHAT...

MANA LEBIH BERHARGA?

DUIT? ATAU NASIHAT?

PASTIKAN KORANG BACA SOALAN DENGAN BETOL,AKU TANYA MANA LEBIH BERHARGA BUKAN MANA LEBIH PENTING

Pada pendapat orang,duit lebih berharga pada mereka...


Pada aku NASIHAT lebih berharga...

KENAPA?
sebabnya adalah ,kalau korang bagi aku DUIT..duit tak boleh ubah aku menjadi insan yang lebih baik,aku boleh menyalahguna kan duit,duit tak dapat membeli kebahagiaan..

Kalau korang bagi aku nasihat,memang nasihat tak boleh beli barang dekat mall,

Kalau kau nak beli sabun misal kata,kau bagi nasihat sebagai bayaran sabun tu,sah-sah orang kata kau ni gila,nak mencuri..

tapi dengan nasihat aku boleh mengubah diri aku menjadi insan yang lebih baik..Dengan nasihat yang baik aku juga dapat membina sebuah kebahagiaan..dengan nasihat juga aku tidak akan menyalahgunakan duit yang aku ada..

Orang kata duit berharga sebab takder duit macam mana nak panggil orang untuk beri motivasi...

Dekat sini pun da tunjuk nasihat itu berharga,sebab nak panggil orang beri motivasi,beri nasihat pun kita kena keluarkan duit,tak ke itu menunjukkan nasihat itu sangat berharga??