Thursday, January 27, 2011

siapa aku?

Aku adalah eiryn...
Aku adalah yan..
Aku adalah ijan..
Aku adalah eizy..
Aku adalah izyan..

Walau berapa banyak pun nama aku...Aku tetap satu..tetap sama..

Wednesday, January 19, 2011

Di lautan ku tenggelam dalam air,
Di daratan ku tenggelam dalam perasaan,
Di lautan ku kelemasan,
Di daratan jua ku kelemasan..


 Haha,,Aku someone yang susah untuk meluahkan isi hati,tidak pandai berkata-kata,tidak reti meluahkan rasa suka mahu pun benci.Kalau aku benci aku buat hal aku,kalau aku sayang aku buat hal aku.haha..

Salah ke kalau aku jenis yang tak meluahkan perasaan aku??
Entah lah..aku tak derk jawapan nye..Sesetengah orang cakap kalau tak luahkan diri boleh merana..Yeke?sebenarnye aku dah lali dengan semua tu,,Bukan tak pernah aku merana.Selalu sangat dah,,Kadang2 pelik..Kenapa aku jerk kena merana,kecewa..Kenapa bukan orang lain??Tapi bila fikirkan balik,,Biarlah aku saja yang merana dan kecewa,jangan pernah ada orang lain yang turut merasai sakitnye kecewa apatah lagi family,kawan2 dan org tersayang..

Mungkin disebab kan itu lah aku sentiasa melukakan hati sendiri..Kerana aku tak rela melukakan hati orang lain.Mungkin kerana itu juga aku sentiasa berundur dari kehidupan orang untuk kebahagiaan orang.Mungkin kerana itu aku menjadi seorang yang PENGECUT untuk meluahkan segala rasa amarah ku kepada orang yang menyakiti aku..Kerana aku tak punya kekuatan,Aku lemah..

Salah ke kalau aku nak disayangi??

Haha...novel...novel...novella kehidupan..selalu inginkan kebahagiaan..Tapi mampukah mengharungi kepahitan untuk mengecapi kebahagiaan??? tanyalah diri sendiri,,

Notakakilima:eiryn...eiryn,,tak pandai berkata2,,meluahkan melalui tulisan,kenapa tak pernah beri orang peluang untuk membaca isi hatimu sayang ku eiryn?:D

Monday, January 17, 2011

ME on monday

Termenong mengenang ketenangan lautan..
Merasai tiupan angin yang membantai diri..
Batu yang menjadi alas duduk ku..
Pasir yang menjadi papan tulis...

Termenong melihat tasik yang luas..
Angin yang sepoi-sepoi bahasa..
Ikan yang menjadi penghuninya..
Manusia yang mengelilinginya..

MP3 menjadi peneman..
Lagu jiwang menjadi saoundtrack...
Membawa hati bersama mengembara..
Merentasi alam fantasi..

Termenong mengenang kan wajah..
Wajah yang pucat tidak berseri..
Hilang manisnya..
Kata teman-teman terchinta..

Air mata...degilnya dirimu..
Berkali daku berkata..
Jangan...Jangan..Jangan...
Mengapa dikau mengalir jua sayang?

Daku tak tahu...
Daku tak mengerti..
Apa yang ada..Mengapa ada..Apa puncanya..Perlu ke ada...
Dalam fikiran ku...

Sayangku eiryn..
Behave yourself dear..
Stop it now..
How come u don't know why u be like this?
U must have a reason why u become like this..
If u really don't know..
Please cheer up again.
Smile dear..
Hide ur dull face ..
U are strong ladies..
I know u can do it dear..
Chaiyoxx2.. :)


NotaKakiLima: DANGEROUS !!!
Undur lah diri..
jangan terus kehadapan..
telah terlalu jauh kau melangkah..
lukakan lah hati mu sendiri wahai diri..
itu yang terbaik..

wahai air mata..
jangan kau menitis ke pipi ku..
kau menyiksa kan lagi hati ku..
yang rawan lagi sayu..

hati..jangan kau kecewa..
ku tahu kau dah lali disakiti oleh diri ku sendiri..
bertahan lah hati...
selagi kau mampu..
ku tahu kau lemah..
tapi..
berpura-pura lah yang kau kuat...

air mataku...kau kelemahan ku..
jangan menambah penyeksaan ku..
aku tak mampu bertahan dengan kehadiran mu ..
jangan biar aku menangis lagi...

tolong...aku merayu wahai hati...
aku terpaksa membawa mu berundur...
bukan kerelaan ku wahai hati..
tapi..
aku TERPAKSA...





notakakilima:bodohhhhhh...:D

Sunday, January 16, 2011

PERASAAN ???
Bila perasaan berbunga akhirnya berakhir tanpa dipinta..
Bila perasaan sayang tersemai dalam hati terpaksa disimpan dan dilupakan..

Kenapa perlu ada perasaan kalau ia akhirnya menyiksa diri?
Kenapa perlu hati tersiksa dan terluka kerana perasaan?

kenapa biarkan hati terlena dibuai perasaan ?
Kenapa jatuh dalam perangkap perasaan?

Terlalu jauh kaki melangkah,
Mengikut kata hati yang dibuai perasaan,
Tanpa sedar,telah melanggar sempadan nya,
Bagaimana ingin berpatah kembali kebelakang?
Tidak terjumpa arahnya,
Perlu ke melukakan hati yang tidak bersalah?
Hanya kerana kebodohan diri yang melampaui batas,
Maaf kerana hati telah terlajak kehadapan,
Akan ku undur kan hati..
Biarkan lah diri ku tenggelam dalam lautan perasaan yang membunuh hati ku...



NotaKakiLima:pe la en.mcm ne la tulisan2 n ayat2 at atas nie leyh terlintas dlm kepala aku eyh??.hehe otak kretif :P