Friday, June 22, 2012

  Penantian yang panjang memerlukan kesabaran yang tinggi,
Sepanjang penantian pasti akan muncul pelbagai dugaan dan rintangan untuk diharungi,
Jika lemah pasti akan tersungkur separuh jalan,
Penat lelah akan menjadi teman setia,
Tetapi bagaimana pengakhirannya ?
setelah segala nya ditempuhi?
Jika sia-sia sahaja sebuah penantian tentu rasanya akan menjadi terlalu perit untuk di telan.
Jika pada akhirnya ia memberi hasil yang menggembirakan tentu sahaja kebahagiaan di miliki
hilang segala lelah..

Saturday, May 19, 2012

korang boleh cakap apa yang korang suka,
korang boleh buat kesimpulan atas apa yang korang rasa,
Korang boleh menghukum  atas apa yang korang nilai,
Korang boleh boleh fikir apa yang korang nak fikir,
Korang boleh letak nilai perasaan aku dekat tahap mana pun,
Korang boleh gelar aku dengan apa sekali gelaran pun,
Korang boleh rasa pe saja yang korang rasa tentang aku,
Korang boleh pandang aku dengan apa pandangan sekalipun,
korang boleh benci aku kalau korang rasa nak benci aku,
Korang boleh buat apa saja,

TAPI !!

Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati aku
Hanya Allah yang memahami apa yang ada dalam hatiKu !!
Maaf kalau selama ini aku banyak buat salah,
Menyinggung Hati sesiapa pun.
Maaf...

Sakit nye....sakit sangat2...
Rasa macam hampir nak putus asa,
Rasa macam takde harapan ,
Rasa macam takde peluang langsung.
Rasa seperti tiada tempat untukku..

Kenapa ada rasa seperti ini?
Kenapa jadi lemah tiba2?

Ya Allah,
Hanya engkau yang mengetahui ,
ada satu perasaan yang jujur dan ikhlas,
hadir dari dalam hatiku tanpa aku sedari,
Setahun lebih
cukup untuk buat ia berkembang pesat.
Tak mungkin dapat dibuang,
Kerana ia terlalu tulus dan sejati.
Apa pun terjadi,
Andai kata bukan untukku,
Engkau kekalkan lah ia dalam hatiku,
hingga aku melangkah ke syurgamu.
InsyaAllah..

Ya Allah,
Hanya engkau yang mengerti,
Ada satu rasa yang sangat menyakitkan,
Tapi takkan mungkin dapat atasi,
Rasa sakitnye sakaratul maut, sakitnya azab seksaMu.
Sakit yang aku rela rasai nya,
Biar sakit , biar pedih,
Aku masih lagi tersenyum,
Aku masih mampu berbahagia,
Kerana perasaan yang jujur,ikhlas dan tulus itu ada dalam hatiku,
Jika dihargai aku bersyukur,
Jika tidak dihargai aku bersyukur,
Aku berdiri teguh menahan kesakitan itu,
Tapi adakalanya aku tersembam ke tanah,
Tak mampu memikulnya seorang diri,
Tapi ku gagahi.
Semoga kesakitan ini tidak menjadi sia-sia untuk aku merasainya.

Ya Allah,
Kuatkan hatiku  ,
Keraskan jiwaku ,
Kentalkan semangatku ,
Luaskan keyakinanku ,
Tabahkan diriku yang lemah,
Teguhkan dan kekalkan perasaan ku ini jangan sampai melebihi perasaanku padaMu,
Berkati perasaan ku ini pada dia..






Wednesday, May 2, 2012

Ujian Perasaan


Ya Allah, ya tuhan ku, kau menguji hati dan perasaanku, mampukah aku menanggungnya ? Ya Allah, aku tahu kau takkan membebankan hambamu seandainya hambamu tidak mampu memikulnya..
Tapi aku keliru..
Perlukah aku melukakan hatiku demi kebahagiaan insan lain?
Demi menyenangkan kekasihku?
Tapi akan bahagiakah kekasih ku?
Akan senangkah perasaan kekasih ku?
Ya Allah kuatkan lah hati dan perasaan ku ya Allah..
Ya Allah , kau bantulah aku dalam mengawal rasa cemburuku,
Ya Allah, kau peluklah hati ku,
Ya Allah, janganlah kau biarkan hati ku menangis.
Ya Allah, kurangkanlah rasa sakit ini,
Ya Allah, andai ini hukuman buatku,aku terima dan aku akan hadapi dengan ketabahan
Ya Allah, kau izinkanlah rasa cinta ini terus mekar dalam hatiku, kau satukan lah hatiku dan hati dia di jalan mu ya Allah.tetapi janganlah kau biarkan rasa cinta aku dan Muhamad Allif  melebihi rasa cinta kami padamu ya Allah.Ya Allah redhai dan berkati cinta ku kepada Muhamad Allif,dan cinta Muhamad Allif kepada ku.Satukan cinta kami di jalan mu, kekalkan cinta kami hingga ke syurgamu ya Allah..

Cinta Syurga



Mampukah aku sekuat Ali bin Abi Thalib,
yang berkorban perasaan demi kebahagian Fatimah binti Muhammad,puterinya Rasul Allah insan yang di cintai tatkala tersinggah khabar berita peminangan dari Abu Bakar As Sidiq tetapi ditolak Rasulullah,.Baru rasa tenang datang pula pinangan dari Umar al khatab.Walau kecewa, tapi demi kebahagiaan Fatimah, dia berkorban..Tapi akhirnya cinta Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad bersatu dan direstui Rasulullah.
Mampukah aku tersenyum,seperti Salman, yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah .
Salman mampu tersenyum tatkala lamarannya ditolak oleh seorang gadis ansar,tetapi sebaliknya si gadis hanya ingin menerima lamaran dari sahabat Salman yang mewakilkan lamaran Salman.

sesuatu yang aku tak pernah rasa dulu

Dulu setiap kali mama suruh solat, aku rasa malas sangat, aku selalu mencipta pelbagai alasan. Aku selalu mengelak bila mama tanya pasal solat..
Aku tak bangun bila orang kejot suruh solat, Aku buat tak dengar je bila orang cakap pasal solat.
Tapi kini,
Bila aku setiap hari solat, aku cuba dekatkan diri aku dengan Allah, aku sentiasa fikirkan kematianku,
Aku jadi seronok solat,setiap kali aku tertinggal solat, aku rasa takut sangat, aku rasa sedih,.Aku rasa goyah amal kebaikan yang aku buat.dek kerana tak cukupnya tiang agamaku.
Perasaan ini,aneh yang menyenangkan..
Sesuatu yang tak pernah aku rasa dulu..

Tuesday, May 1, 2012

Terima kasih kekasihku

Terima Kasih Kekasihku
Wahai Muhamad Allif,
Kau menerima diri ini seadanya.
Pada saat kau kenal ku kerana baiknya aku,kau menjadi sebahagian dariku,sentiasa ada denganku.
Kau terima dangan ikhlas bila kau tahu buruknya diri ini.Tanpa kau mengelak dan menjauhi aku,
Bila diri ini meluahkan rasa ingin berubah,kau menerimanya dan menyokongku tanpa menggelakkan ku,
Malah, kau turut sama ingin mengikut ku.
Kau membuktikan yang kau ikhlas dan jujur mencintaiku,
Terima kasih wahai kekasihku.
Kita akan sentiasa saling ingat dan mengingat kan antara satu sama lain.
Kita akan saling tegur dan menegur.
Kita akan sama-sama berubah ke jalan Allah.
Semoga Cinta kita bersatu di Jalan Allah..Amin

Transformasi

Transformasi bukan citer transformers tu ek...
Aku rasa dah tiba masa untuk aku berubah, sampai bila aku nak terus hidup dalam kegelapan, sampai bila aku nak tangguhkan perubahan aku? Manusia makin lama makin tua makin menuju kematian.Kita tak tahu bila masa ajal kita sampai,sempat atau tak kita bertaubat nanti.
Aku sedar, selama ni aku Cuma mementingkan diri, aku buat dosa, aku tinggal kan solat fardhu tiang agama aku.Aku ingat dosa aku aku tanggung sendiri tapi aku lupa,mama dan ayah juga akan merasa tempias dari dosa yang aku lakukan..Tidakkkk !!! aku tak rela !!!!
Selama ini, aku solat masa aku susah je, bila aku senang, aku lupa Allah, patot lah kawan=kawan cari aku masa diorang susah je,masa diorang senang diorang lupakan aku, sebab itu gak yang aku buat pada Allah tuhan yang mencipta aku.
Apa lagi yang aku tunggu?petunjuk dari Allah? Dah bermacam-macam petunjuk Allah bagi.Sehinggakan Allah beri petunjuk gempa dan tsunami adakah masih belum cukup lagi??
Adakah aku mahu tunggu saat dunia sampai ke penghujungnya?saat kiamat tiba? Masa tu aku dah tak boleh nak ubah apa-apa dah.
Ya aku akan ubah diri aku ke arah kebaikan.
Terima Kasih wahai kekasihku ,kerana dirimu sentiasa menyokong setiap apa yang aku lakukan.
Terima kasih kerana kau menerima aku seadanya, kau terima buruk dan baikku..
Ye kita akan sama-sama mencari keredhaan Allah..
Kita akan sama-sama mencari jalan Allah.
Semoga niat suci kita diredhai dan diberkati..Amin

Petunjuk

“weh,hati-hati ya,jaga diri.Aku mimpi kau mati dalam tandas”..Kata eira
Hmm..kenapa dia perlu mimpi aku mati dalam tandas tempat yng kotor, xda ke tempat yang bersih dan indah sikit ke kalau pun nak mimpi aku mati. Ohh, aku pun kotor hati,gelap hidup ada hati ke nak mati secara bersih?
“ya Allah ampun kan aku,beri aku peluang untuk berubah ya Allah,aku takut” suasana terlalu bising, semua orang menjerit melarikan , bumi sudah terlalu tua...aku takut...arggghhh ! aku terjaga,aku bermimpi rupanya..
kenapa aku mimpi kiamat?kenapa aku menangis-nangis minta peluang untuk berubah?
Sejak kebelakangan ni, banyak berita budak poli koma, meninggal sebab kemalangan, kesian ada yang xsempat nak amik final exam.ada yang dah nak last sem dah pun
Hmm.bila pulak ajal aku akan tiba?sempat tak aku bertaubat?
Aku tengah baca artikel Diana Amir dalam majalah remaja,dia cakap dia berubah lepas dia dapat mimpi kiamat sebanyak 3 kali.
Aku pun mimpi kiamat...
Bila aku dengar ceramah,ada masa nya aku akan menangis dengar ceramah,aku takut bila aku dengar ceramah tentang agama.
Hm..Aku masih ada peluang untuk berubah ke?
Gempa dekat poli, amaran tsunami
:aku terfikir kalau betul terjadinya tsunami benda terakhir yang aku buat adalah aku xsemayang aku tidur lepas azan tanpa aku semayang.
Tengah berkumpul dekat padang tenis masa gempa,ada awan besar di langit membentuk tapak tangan,
Hm..syu kata kalau betul itu tapak tangan bermakna itu nama allah, dekat tangan kita ada nama allah..indah ciptaan allah.

Aku tahu semua yang terjadi pada aku,takkan berlaku kalau Allah tak kata ia nya berlaku, kun fayakun..Jadi semua tuh Allah beri aku rasa bukan untuk saja-saja kan?Ada hikmahnya kan? Allah beri petunjuk supaya aku sedar dari tidur yang lena, supaya aku ingat balik kenapa Allah ciptakan aku..Supaya aku ingat balik tanggungjawab aku sebagai umat Islam,umat Nabi Muhammad..

gempa


Hingar bingar suara orang membuatkan tidur aku terganggu.Arh,bisingnya diaorang ni !
”Wehh,bagunlah  ! “ .Lantang suara Izzah mengejutku dari mimpi indahku,dan entah mengapa aku rasa bagai api disimbah minyak hitam,membuatkan kemarahanku tiba-tiba hadir bagai taufan.
Sambil mencampak selimutku ketepi aku berkata “Ish,kau apahal..!” .Terlontar suara kasarku kepada roomate ku merangkap sahabatku.
”Bangunlah, turun bawah. Kau tak dengar ke semua orang dah kelam kabut turun bawah?”.Tergambar riak kegeraman di wajah Izzah.
Aku pula masih dengan angin buruk ku,terus bangun dan menyarung tudung.
”kenapa kena turun?.”Masih lagi tidak puas hati mengapa aku perlu dikejutkan dari mimpi yang indah.
“Ada gempalah, bagunan bergegar..”
Aku tidak mampu berkata apa-apa,mungkin kerana terkejut atau tidak percaya aku hanya mampu mendiamkan diri, dan entah mengapa timbul rasa bersalah di hati ku kerana telah menengking roomateku yang hanya berniat untuk mengejutkan ku.Malah terdetik di fikiranku, andai runtuh bagunan ni, aku mungkin telah mati tertimbus jika bukan dia yang mengejut aku yang terlalu lena.
Kami bergegas turun ke bawah dan berkumpul di hadapan blok B3.Aku masih mendiamkan diri mendengar sahabat-sahabatku bercerita.
“Syu rasa pening je tadi,tiba-tiba je..” luah hati sahabatku syu.
“Aku pulak mula-mula tengok katil bergerak-gerak, aku fikir gak,takkan eiryn tidur sampai bergerak katil,lepas tuh aku tengok air dalam botol atas meja berkocak, tu aku dah agak dah tu..” kata roomateku Izzah.
Tergambar riak kerisauan di wajah sahabat-sahabat ku malah di wajah penghuni blok B3 yang lain.Aku kemudian rasa kepala ku pening dan apa yang ada di fikiran ku adalah untuk menghubungi mama yang tercinta.Aku mencerita kan apa yang sedang aku alami pada mama, bukan niat untuk merisaukan hati mama, tapi lebih kepada untuk mendapatkan sedikit ketenangan dengan mendengar suara insan yang melahirkan aku.
Sedang dalam perjalanan ke padang yang tidak sejauh mana, terdengar suara lantang ecah,“Ha,siapa yang belum solat tadi ! mengucap banyak-banyak weh,takut tak sempat bertaubat je nanti,hahaha”
Walaupun dia gelak sambil bercakap, tapi hatiku rasa gementar, aku takut.Mengapa? kerana aku tidak semanyang dari subuh hinggalah pada waktu ini pun aku belum semanyang.
“Adik, aku takut.Kita ni dah banyak buat dosa,sempat ke kita nak bertaubat?..” aku meluahkan rasa takut ku..
Pada saat ini, timbul kesedaran dalam diri aku, bertapa selama 20 tahun Allah pinjamkan aku nyawa , untuk aku membuat kebaikan di dunia,tapi apa yang aku lakukan hanyalah keburukan ! kejahatan ! kezaliman ! dan semuanya hanyalah dosa ! Adapun kebaikan yang aku lakukan apalah ertinya andai tiang agama ku runtuh menyembah bumi.
Selama ini bila aku semanyang yang kadang-kadang tu,aku selalu mintak Allah  bagi aku petunjuk untuk berubah.Rupanya selama ni Allah  dah banyak bagi aku petunjuk, tapi aku  je yang buta, buta hati ! Petunjuk yang paling besar Allah tunjuk pada aku ialah gempa yang berlaku dan amaran tsunami.

Friday, March 16, 2012

WHAT I KNOW ABOUT YOU

  1. YOU LOVE EIRYN SO MUCH
  2. AWAK TAK BOLEH HIDUP TANPA EIRYN
  3. YOU ARE CRAZY BOY CAUSE YOU LOVE CRAZY GIRL.
  4. AWAK AKAN RINDUKAN EIRYN BILA DIA TAKDE NANTI
  5. AWAK LAHIR PADA 13 FEBRUARI 1990 HARI SELASA.
  6. AWAK ANAK KEENAM DARI LAPAN
  7. AWAK ADA 4 ORANG KAKAK,SORANG ABANG.SORANG ADIK PEREMPUAN DAN SORANG ADIK LELAKI
  8. AWAK TAK TERLALU RAPAT DENGAN ADIK BERADIK SENDIRI,SBB AWAK PEMALU.
  9. AWAK TAK BOLEH TUNGGU LAMA2 SAMPAI 20 MINIT TANPA ALASAN YANG LOGIK.
  10. AWAK SANGAT AMBIL BERAT PASAL SEMUA ORANG
  11. AWAK TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG
  12. AWAK ALERGIK MAKAN AYAM
  13. AYAM ADALAH MAKANAN KEGEMARAN AWAK
  14. AIR LIMAU ASAM ADALAH MINUMAN KESUKAAN AWAK.KALAU BOLEH SAMPAI 10BIJI LIMAU AWAK NAK.
  15. AWAK CEMBURU KALAU ADA ORANG KACAU AWEK AWAK
  16. AWAK KUAT MERAJUK
  17. AWAK NAMPAK LEMBUT TAPI SEBENARNYA GARANG
  18. AWAK TAKKAN PERNAH MENGAKU YANG AWAK TENGAH MARAH TAPI AWAK AKAN BUAT SOMETHING YANG MENUNJUKKAN AWAK MARAH.
  19. BILA AWAK MARAH,AWAK AKAN ULANG ARAHAN YANG SAMA BANYAK KALI.CTH: awakkan sibuk,awak pergi lah buat kerja awak...(awak akan sent ayat ni banyak kali walaupun org kata org tak sibuk)
  20. AWAK SUKA WARNA MERAH
  21. AWAK TAK SUKA ORANG SAKITKAN HATI AWAK
  22. AWAK BOLEH TERIMA EIRYN SEADANYA
  23. AWAK TAK SUKA KALAU AWEK AWAK BOROS
  24. KALAU AWAK KELUAR,AWAK SUKA TENGOK KEDAI KASUT DAN BAJU..
  25. AWAK SUKA BERSUKAN.
  26. AWAK SEORANG YANG PEMALU
  27. BILA AWAK MALU,MUKA AWAK MERAH
  28. BILA MAKAN ,AWAK AKAN BERPELUH
  29. BILA DALAM KAWASAN YANG ADA AIRCOND AWAK AKAN MENGANTUK.
  30. AWAK SELALU CAKAP DEKAT EIRYN JANGAN BAIK SANGAT DENGAN ORANG..TAPI AWAK PUN SAMA..
  31. AWAK SANGAT PERAMAH DENGAN ORANG
  32. AWAK TAK SUKA ORANG LARANG AWAK BUAT APA PUN SEDANGKAN ORANG TU BOLEH BUAT PE YANG AWAK XBOLEH BUAT..
  33. AWAK TAK PANDAI MEMUJUK..HEHE
  34. AWAK SUKA MINTAK MAAF SEDANGKAN BENDA TU BUKAN SALAH AWAK
  35. AWAK TAKKAN PANDANG PEREMPUAN SEBAB AWAK MALU
  36. AWAK SUSAH NAK MARAH ORANG TAPI SEKALI MARAH SANGAT MENAKUTKAN
  37. AWAK TAK SUKA MAKAN SAYUR,TAPI SAYUR DLM BURGER AWAK MAKAN
  38. AWAK SUKA BERGAMBAR
  39. BILA MAKAN ROTI CANAI,OR ROTI SARDIN, AWAK SUKA MINTAK KUAH BANJIR,,
  40. AWAK SANGAT SAYANGKAN ANAK BUAH AWAK TERUTAMA RAYAN DAN MARISA
  41. AWAK SAKIT HATI BILA HATI EIRYN DISAKITI
  42. AWAK TAK SUKA LELAKI PANDANG AWEK AWAK
  43. AWAK ADA TAMAN BUNGA DALAM HATI
  44. AWAK CEPAT LUPA .(DA TUE KAN..WEK)
  45. BILA EIRYN BADMOOD,AWAK PUN AKAN TURUT BADMOOD
  46. BILA AWAK KELUAR MELEPAK MALAM2 SELALUNYA PALING AWAL AWAK AKAN BALIK PUKUL 12,PALING LEWAT PUKUL 2.
  47. MALAM2 KALAU XLEPAK DENGAN KAWAN2,AWAK AKAN MAIN BADMINTON DENGAN ABANG IPAR AWAK.
  48. KALAU AWAK CAKAP AWAK TENGAH TENGOK TV,SELALUNYA MESTI AWAK TENGOK SPORT,RAJA LAWAK ATAU PUN AWAK TENGOK KARTUN DENGAN ANK BUAH AWAK.
  49. AWAK KALAU DUDUK SORANG2,MESTI FIKIRAN AWAK MELAYANG FIKIR MACAM2.
  50. AWAK TAK BOLEH TENGOK EIRYN MENANGIS
  51. AWAK TAK BOLEH MARAH EIRYN LAMA2
  52. AWAK MESTI RISAU KALAU EIRYN NAK PERGI MANA2,LAGI2 PERGI SORANG2.
  53. AWAK SUKA BACA LUAHAN SUKA DUKA RYRYN BILA AWAK ADA MASA.
  54. WALAU MACAM MANA MARAH PUN AWAK PADA EIRYN,AWAK TETAP AKAN MESEJ EIRYN
  55. WALAU MACAM MANA MARAH PUN AWAK PADA EIRYN AWAK TETAP AKAN CARI EIRYN
  56. AWAK TAK SUKA EIRYN FIKIR OR  CAKAP BUKAN2 CTH;CAKAP PASAL MATI,PASAL HILANG.
  57. AWAK SUKA BILA EIRYN PUJUK AWAK,SEBAB AWAK RASA DIRI AWAK BETUL2 DISAYANGI.AWAK CAKAP EIRYN IKHLAS.
  58. AWAK TAK SUKA MAKAN UBAT,TAPI SUKA SURUH ORANG MAKAN UBAT
  59. AWAK SUKA MAKAN,TAPI AWAK NAK DIET
  60. AWAK AKAN PENING BILA TIDO TENGAH HARI
  61. BILA KELUAR,AWAK SELALU PERGI TANDAS..HEHE
  62. AWAK SUKA DENGAR LAGU
  63. AWAK TAK BANYAK CAKAP.KALAU DENGAN EIRYN LAGI TAK BANYAK CAKAP SEBAB AWAK KATA AWAK TAKDE RUANG NAK MENCELAH
  64. KALAU AWAK TAK DAPAT MAKAN AYAM,TELUR AYAM PUN JADILAH
  65. AWAK TAK SUKA MEMBACA
  66. AWAK SUKA TIPU CAKAP EIRYN CANTIK
  67. ANAK BUAH AWAK PANGGIL AWAK BA
  68. KAWAN2 AWAK PANGGIL AWAK BABYFACE ATAU PUN SINCHAN
  69. HOBI AWAK ADALAH MENIRU EIRYN..WEKK
  70. KALAU EIRYN TANYA AWAK OK TAK,AWAK AKAN CAKAP OK SEDANGKAN AWAK TAK OK.
  71. BILA AWAK DAH BENCI ORANG,SUSAH AWAK NAK BAIK BALIK DENGAN ORANG.
  72. AWAK SEBENARNYA CINTA DAN SAYANG SANGAT2 DEKAT EIRYN,TAPI..
  73. AWAK NAK GRAD SAMA2 DENGAN EIRYN.
  74. AWAK SUKA BILA EIRYN CAKAP DIA CINTAKAN AWAK
  75. AWAK SUKA NGANTOK DALAM KELAS
  76. AWAK PALING TAK SUKA MATH
  77. AWAK SUKA MENGENAKAN ORANG TERUTAMANYA EIRYN..HEHE.
  78. AWAK AKAN JAGA HATI DAN PERASAAN EIRYN SEBOLEH2 NYE.
  79. AWAK AKAN MERAJUK KALAU ORANG LAMBAT REPLY MESEJ.
  80. AWAK MESTI RASA SUNYI DAN HILANG ARAH KALAU EIRYN SENYAP DAN TAK BANYAK CAKAP DENGAN AWAK KAN?
SAYA TAK LARAT NAK TAIP SUME YANG SAYA TAHU MENGENAI AWAK...BANYAK SANGAT..

TAPI SAYA NAK AWAK TAHU SATU JE PASAL SAYA IAITU

"SAYA CINTA DAN SAYANG KAN AWAK SEPENUH HATI SAYA BUAT SELAMANYA"
setahun dah berlalu..

Kita masih kukuh bersama...
Cintaku padamu semakin bertambah..
Kasihku pada mu masih setia...
Tapi masih jauh perjalanan kita...
Penantianku masih jauh kesudahannya..

Terkenang kisah cinta kita,
buat ku tersenyum sendiri,
Banyak suka dan duka,
Bergaduh,merajuk adat dalam percintaan..

Andai ku melangkah pergi,
Bisakah kau masih berdiri kukuh tanpaku?
Bisakah kau tersenyum melihat ku pergi?
Bisakah kau bergembira?

Aku cinta padamu..
Aku sentiasa disisi mu..
apa yang paling penting adalah kekuatan hati..
walau sesakit mana ,dan seperit mana pun,
hadapi dengan ketabahan..
hiasai dengan senyuman seikhlas nya..
jangan pernah kenal erti jemu, penat, lelah, atau putus asa...
moga penantian mendapat penyudahan yang diingini,
moga pengorbanan memberi hasil yang tidak mengecewakan,
moga allah beri apa yang aku pinta selama ini...

Bukan aku lupakan kawan2 aku,
Aku ingat kawan2 aku,tapi..
Aku sendiri tak tahu kenapa aku dah tak berminat nak melepak..
Kalau aku balik rumah pun,aku lebih suka habiskan masa dekat rumah..
Aku jauh dari korang,tapi korang tetap dalam hati aku,
Aku diam menyepi tak bermakna aku lupakan korang,
Aku boleh faham masa korang sibuk takde masa untuk aku,
Aku sibuk...Aku penat nak kejar pelajaran aku, cita2 aku,impian mak ayah aku...

Aku tak pernah lupakan korang..
korang tetap dalam ingatan aku,
tolong lah faham...
Lamanya aku tak menghadap blog ni...
Nak buat macam mana, masa tak mengizinkan..
Sibuk dengan dunia seorang pelajar yang semakin meningkat dewasa...hmmm..

Penat menghadapi liku2 kehidupan..
rindu zaman kanak2...
Kalau aku tahu zaman remaja,zaman dewasa sangat memenatkan..
Mesti aku tak minta untuk cepat2 membesar..
Mesti aku nikmati sepuas2 nya zaman kanak2 aku..

haha..inilah manusia..
tak pernah bersyukur langsung..
bagi betis nak peha,
dah dapat peha nak betis balik...

hmm...