Thursday, November 17, 2011

" takyah susahkan diri awak..bia saya je yang susah "

Tapi kenapa?
Saya tak pernah rasa saya susahkan diri saya..
Saya cuma nak kongsi dengan awak..
Macam mana awak ada masa susah dan senang saya..
Macam mana awak susahkan diri awak demi saya...
Macam mana awak nak tahu suka,duka,sedih,gembira saya...

Dan salah ke kalau saya nak bersama awak masa awak susah?
Saat awak tersenyum gembira.
Saya nak tersenyum dan rasa kegembiraan awak ...
Saat awak sedih..
Saya nak menangis merasa kesedihan awak dan menjadi pengubat kesedihan awak..

Saat awak senang..
Saya nak jadi penonton setia bagi kesenangan awak..
Saat awak susah..
Saya nak rasa kesusahan awak dan menjadi kekuatan awak..
Saat awak gagah berdiri..
Saya nak berdiri di samping awak...
Saat awak jatuh terduduk..
Saya ingin menjadi tangan yang membangunkan awak...
Salah ke saya??

Mungkin awak lupa..
Saya pernah cakap saya nak ada masa senang dan susah awak..
salah ke?


Kalau saya tak bagi awak susahkan diri awak untuk saya,
Awak akan cakap awak tak rasa susah pun,
Walaupun orang lain cakap saya ni menyusahkan.
Walaupun awak sendiri pernah cakap susah nak jaga saya,
Tapi kalau saya yang cakap awak tak susahkan saya..
Awak akan cakap "tapi saya yang rasa saya susahkan awak"..

Ye saya sedih and terasa hati bila awak cakap
"takyah susahkan diri awak,bia saya je yang susah"
Awak mungkin tak maksudkan apa2..
Tapi bagi saya..
kata2 tu sangat mendalam...

Saya boleh susahkan awak.
Awak boleh susahkan diri awak demi saya.
Tapi awak tak boleh susahkan saya??
Tapi saya tak boleh susahkan diri saya demi awak??

Tiba-tiba saya tersedar..
Saya tak patut terasa hati..
sebab...
Mungkin saya yang tak faham..
Saya terlalu sayang dan cinta awak..
Terlalu nak ada bersama awak..
Sampai ..
Saya buat sesuatu yang buat awak rimas,
buat awak rasa bersalah.
Buat awak malu,
Maafkan saya..

Saya takkan buat lagi dah...
Saya juga takkan susahkan awak lagi dah..
Sebab saya sayang dan cinta awak...
Saya Mintak Maaf.....

:(

Wednesday, November 9, 2011

Broken this fragile thing now
And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around
But I can't, I can't give you a reason

I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)
I just want to tell you so you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, there's just no one that gets me like you do
You are my only, my only one

Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone

And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, there's just no one who gets me like you do
You are my only my only one

Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one
My only one
You are my only, my only one

Sunday, October 30, 2011

bacelah sebuah kisah cinta

Lamanya tak menghadap blog ni..Sibuk dengan dunia seorang pelajar sampai takde langsung masa nak mencoret segala kisah yang perlu dicoret..Saat ini saya juga sedang sibuk mengulangkaji subjek mathematic untuk test esok hari dan juga dalam proses menyediakan diri untuk menghadapi  final exam yang semakin menghampiri...Penat lelah menghadapi kehidupan penuh liku ini .Walaupun sibuk rasanya nak juga lepas kan gian untuk mencoret sebuah karya yang penuh dengan kelemahan kerana saya bukan lah seorang yang mempunyai bakat untuk menulis..Hanya sekadar memuaskan rasa hati yang adakalanya kuat berfantasi..hahah...So layankan je kisah ini...

     Kemana sahaja kaki melangkah ,ada sahaja pasangan yang sedang dilamun cinta..Malah ada juga yang sedang merana kerana cinta..Biasalah orang muda..Termasuklah dua pasangan ini...Dari kasih,bertukar sayang dan akhirnya jatuh cinta...Telah lama hati bersulamkan cinta,biarpun badai melanda,biarpun ditentang oleh sahabat yang disangkanya setia tapi tiada apa yang dapat memisahkan mereka selagi masih adanya kasih,sayang dan cinta.selagimana takdir belum menyatakan akan berpisahnya mereka..Tapi,cinta penuh risiko satu masa akan ada tentangan yang hebat..Kasihnya jejaka kepada si pengarang jantungnya biar mana hebat sekalipun pasti akan dipersoalkan...Meraka saling mencintai,tapi apalah daya mereka,masih belum ada kepastian apa yang akan terjadi esok hari..adakah cinta mereka akan kekal hingga ke akhir hayat atau terpaksa terpisah bukan dengan kerelaan hati..(apa kejadah nya lah aku pergi reka cerita jiwang pulak ni?haha..pening2)....Bagi si gadis andai suatu hari nanti ditakdirkan dia kehilangan kekasih pujaannya itu,dia berdoa agar hatinya ,cintanya,kasihnya kekal milik si dia hingga ke akhir hayat nya.tak akan pernah dia menyerahkan hati dan cintanya pada orang lain..cukup lah si dia menjadi orang terakhir yang memiliki cinta nya.Biarlah pintu hatinye terus terkunci untuk sesiapa pun.Mungkin ramai yang mempersoalkan adakah tiada sekelumit perasaannya teringin untuk memiliki seseorang dalam hidupnya nanti andai kata tiada lagi si dia,andai kata dia terpaksa melihat si dia dengan insan lain?Jawapan bagi persoalan itu kebahagiaannya adalah bila dia dapat setia mencintai dan menyayangi si dia hingga ke akhir hayatnya,dapat melihat kebahagiaan ,kegembiraan dan senyuman di bibir si dia..semua itu cukup untuk membahagiakannya..Biar jasad si dia tak mampu dimilikinya,tapi cinta dan kasih si dia akan tetap utuh di hatinya..Si gadis selalu berkata "Ya Allah,andai suatu masa aku terpaksa terima kenyataan dia bukan milikku,kau berikanlah dia kebahagian di dunia dan akhirat,kebahagiaannya akan menjadi kebahagiaan ku,kau  izinkanlah aku untuk terus mencintai dan menyayanginya hingga ke akhir hayatku dan satukan lah aku dengan nya suatu masa nanti  walaupun aku terpaksa menunggu seribu tahun lagi,"..itulah yang terlahir di hati si gadis ...Andainya suatu masa dia dipaksa melepaskan kekasihnya pergi bersama insan lain....THE END...

Itu je yang saya mampu coretkan untuk masa ini..lain kali ada masa saya coretkan lagi okeyh....CAOW ..

Tuesday, September 13, 2011

AWAK DATANG GAK...

SAYA INGAT AWAK MAIN2...

TAPI AWAK TAK MAIN2..

AWAK DATANG SAMPAI SESAT2...

HEHE..

AWAK MALU NAK MASUK...

MERAH JERK PIPI TEMBAM AWAK UUH...

AWAK MACAM BIASA LAH

DIAM JERK..TAK BANYAK CAKAP

HEHHE..

MALU SANGAT EK?

HEHE..

TERIMA KASIH YE AWAK..MUAHHH

LOVE U DEAR

Monday, September 12, 2011

PENGHARGAAN BUAT KAWAN TERCINTA !!! (OHHH PLEASE LAHH !!)

TERIMA KASIH SANGAT2 !!!!

PUAS HATI??

PERMAINAN KAU DAH HABIS KAN??

KE ADA LAGI YANG KAU NAK SAKIT KAN HATI AKU??

DA LAMA AKU TENGOK AND TUNGGU BERAPA LAMA KAU NAK SAKITKAN HATI AKU !!!

TERIMA KASIH SANGAT AKU UCAPKAN DEKAT KAU !!!

KAU NASIHAT KAN AKU,KAU SURUH AKU BERUNDUR,

HAHA...AKU SAMPAI PERNAH TERFIKIR

BAIK AKU PERGI,ASAL KAU GEMBIRA,

APA SALAH AKU KAT KAU??

AKU MINTAK MAAF SEBAB AKU MEMANG DAH TAK MAMPU PANDANG MUKA KAU..

HATI AKU SAKIT...SAKIT SANGAT...MACAM DI SIAT2....

AKU DAH PENAT DAH LA NAK BUAT BAIK..NAK TAHAN PERASAAN AKU..NAK BIAR JE KAU SAKITKAN HATI AKU,SEBAB KAU AKU SELALU KENA MARAH..SEBAB KAU AKU SELALU TERFIKIR UNTUK BUAT KEPUTUSAN YANG TERBURU2...AKU BENCI LAH...BENCI TAW TAK???

TERIMA KASIH SEKALI LAGI AND TAHNIAH SANGAT2 SEBAB BERJAYA BUAT AKU TAKNAK PANDANG MUKA KAU,BUAT AKU TERLUKA DAN SAKIT HATI..THANK SO MUCH KAWAN !!!!

LAGI SATU...TERIMA KASIH SEBAB CERITA MACAM2 DEKAT KAWAN2 KITA YANG LAIN..TERIMA KASIH.....SEMOGA KAU BAHAGIA  !!!!!

Friday, July 22, 2011

rabu....khamis.., -> jumaat?sabtu?ahad?

Kenapa ni ???
Kau ada buat salah apa-apa ke eiryn??
Habis tuh kenapa macam lain je dua hari ni??
emmm...

Mesti kau ada buat salah nie...
Baik kau ingat balik ...
Ke tu cuma perasaan kau je eiryn?

Dia dah cakap dah dia tak marah kau,
Kau takderk buat salah pun..
Kau je fikir bukan2 ni...
Perasaan kau je tuh...
Dia okeyh je dengan kau pe...

Tapi nape aku rase macam lain?
emmm,,


-=(

Saturday, July 16, 2011

Sekuat manakah diri ku ini?
Mengharungi badai yang mendatang..
Merenangi lautan yang dalam..
Melawan ombak yang terus memukul..

Sedalam mana cinta ku padanya? 
Tidak mampu untuk aku ukuri,
Hilang diri nya,
Maka hilang lah separuh dari diri ku,

Cinta da sayang ku pada dia,
Tidak ada penghujungnya..
Bila berakhirnya nafas ku...
Akan ku bawa rasa cinta dan sayang ku bersama...

=(
~lovedear~

MY NOTE

MATH

IMPERIAL = zaman dulu

  • Feet (ft)
  • inch
  • pints (pt)
  • quarts (qt)
  • fahrenheit (oF)

METRIC =zaman sekarang

  • liter (l)
  • mililiter (ml)
  • gram (g)
  • kilogram (kg)
  • meter (m)
  • celcius (oC)


1 oz =28 g

1 lb(pounds)=0.45 kg

1 oz =0.03 l
        = 30 ml

1 cup = 0.25 l

1 pt = 0.47 l

1 qt = 0.95  l

1 gallon = 3.85  l

1 inch = 2.5 cm

1 ft = 30 cm

1 yard = 0.9 m

1 miles = 1.6 km

1 tbsp = 15 ml = 0.015  l
1 tsp = 5 ml = 0.005  l

/ = bahagi
* = darab

convert the measurement below

67 lb = ? g

1 lb = 0.45 kg,
tukarkan kg kepada g,
0.45 kg darab dengan 1000 = 450 g

67 lb * 450 g/ 1 lb
(67 lb darabkan dengan 450 g / 1 lb)
(pastikan jika unit yang ingin dicari,contohnya jika ingin tukar kan oz ke ml,ml akan berada di atas dan akan jadi seperti = ml/oz ,jadi barulah dapat dipotong kan unit oz tersebut)

67 * 450 g = 30150 g

2) 745 ml= ? oz

1 0z = 30 ml

nk cari oz jd oz akan berada di atas dan dibahagi dengan ml

745 ml * 1 oz / 30 ml
745 / 30 =24.83 oz

3) 0.83 cup = ? tbsp

1 cup = 0.25 l
1 tbsp = 0.015 l

tbsp dan cup mempunyai unit liter yang sama,jadi cup perlu ditukar dahulu kepada liter kemudian baru ditukar kepada tbsp.

0.83 cup * 0.25 l / 1 cup
0.25 liter perlu ada di atas dan dibahagi kepada 1 cup,supaya dapat dipotong unit cup tersebut..

0.83 * 0.25  liter / 1 = 0.2075 liter

kemudian liter perlu ditukar kepada tbsp

1 tbsp = 0.015 liter

0.2075 liter * 1 tbsp / 0.015 liter

1 tbsp perlu ada diatas dan dibahagi dengan 0.015 liter untuk dipotong unit liter tersebut

0.2075 * 1 tbsp / 0.015 = 13.83 tbsp

formula untuk tukarkan unit suhu

oF tukar kepada oC
= tolak 32 dari suhu oF yang diberi,kemudian darab kan dengan 5/9

cth = 332oF = ? oC

= 332 oF - 32 * 5/9
= 300*5/9
=167 oC

oC tukar kepada oF
= darabkan jumlah suhu oC yang diberi dengan 9/5 dan tambahkan dengan 32

cth- 65 oC=? oF

=65 oC* 9/5 + 32
= 117 + 32
= 149 oF







HINGGA HUJUNG NAFAS KU..

 Sungguh aku terasa

sakit nya di hati,

melihat kan wajahmu pun aku tak sanggup,

bukan kerana benci,

tapi hati ku tak bisa lagi menerima,

aku tidak mengerti,

apa sebenarnya niat di hati mu,

apa yang kau inginkan,

jika kau rasa,kau bisa melunturkan,

rasa cinta ku pada si dia,

lupakan saja,

kau benar2 tidak memahami aku,

aku yang tegar memilih jalan ku,

aku yang sedia menghadapi apa jua dugaan,

aku yang nekad untuk mencintai dan menyayangi si dia,

jika benar takdir ku bukan untuk memilikinya,

aku akan tetap terus MENCINTAI dan MENYAYANGI  si dia ,

HINGGA KE HUJUNG NAFAS KU...


~EIRYN CINTA DEAR ~

Monday, July 11, 2011

Siapa suruh kau cari nahas??

pergi melilau2 lagi ...

Ha kan kau dah kena !!!

Padan lah muka kau..

Lain kali kau jangan ngade2,gatal2 ,pandai2 lagi melilau...

Padan muka kau,,,

Padan muk kau EIRYN !!!!

 =,(

Thursday, July 7, 2011

One day i feel i want to cry..(but everyday i feel the same)

But the reason i want to cry,not because I feel sad,but it more to  "TERHARU "

WHY??


because of this conversation..


Dear= i love you so much syg
syg= seriously?why?
Dear= because i put my love in your heart.
Syg= i love you dear..muah
Dear= i love you to syg,i hope i can make you happy with me,
Syg= i'm happy with you dear,but did you happy with me?
Dear= i'm happy with you syg,muah,just take care yourself and know that i love you like my life.
Syg= dont leave me dear,i love you so much
Dear= i dont leave you,you are half of my body,
Syg= dear,can i cry?
Dear= no,save your eyes water
Syg= hehe,it better if you said  tears..hehe..but why?
Dear= huhu,sorry, i am jawa men,hehe,because i want to cry with you with hold our diploma.
Syg= seriously?hehe
Dear= yerp,i hope we can cry together...heheh




This what i love more n more n more than what i love,,,hhahah,,i want to do the best,and get the best result,hope you also do the best,struggle ,until the day of we get our diploma.still have another 5 sem ..

CHAIYOK2 DEARSYG,,MUAHHH.!!!

TERKELU LIDAH !!!

Alkisah nya suatu hari,tanpa dirancang,tanpa berjanji  T  memakai baju kurung berwarna merah..
 
T berada di dalam kelas menunggu pensyarah dia masuk,tengah duduk2 lepak2 dalam kelas ,T ternampak kelibat M.T berjalan dengan member dia si Pakcik..Yang best nya M.T pakai kemeja warna merah...lalaalaa...(Memang tak janji langsung oke,diorang berdua memang selalu terpakai baju sama warna,,,sixsenth,,huhu)

(mesej)
T=baju kita sama warna..
M.T= taw tak perk
T= tiru ni
M.T = mana ada tiru,copy and paste jerk...heheh
T =yelah ..huhu
M.T = nanti lepas kelas kita jumpa ek,kita amik gambar sama2.
T= oh oke...kita jumpa dekat kafe..

(KAFE)

T tunggu M.T dekat kafe admin,sebab T keluar awal ,

Tengah2 tunggu M.T sampai,mula nya dye nampak macam tangah mencari2 sedangkan dia da terpandang pun T..

Bila dia duduk sebelah T dia tersenyum jerk,T tanya nak makan tak,dia cakap tak,tapi lepas tuh dia bangun pergi beli makanan.

(apa kena dengan M.T ni macam pelik je)

Lepas tu bila nak amik gambar dia just senyum2 macam tak tentu arah je..

Kesudahannya langsung T dan M.T tak bergambar bersama2..

(mesej)

M.T= cantik T hari ni,cantik sangat
T= takdelah mana ad cantik
M.T= cantik lah T
T= hari ni je cantik?
M.T = hari2 T cantik tapi hari ni nampak lain,T pakai makeup,cantik sangat,nanti nak amik gambar dengan T ye.
T= eleh,tadi kata nak amik gambar tapi takde pun.
M.T= tadi sebenarnya tangah terkelu lidah,tak tahu nak cakap pe,cantik sangat
T=lah yeke?
M.T=ye ,tadi pun takperasan pun T,padahal dah pandang da.nampak lain,cantik,,sampai tak terkata,,huhu
T=ohhh,,tu yang terkelu lidah,tak tentu arah je tu,,hehehe

THE END

Saturday, July 2, 2011

percaya tak kalau aku cakap aku pernah terfikir untuk mati?



Duit dan Nasihat mana lagi berharga?

DUIT DAN NASIHAT...

MANA LEBIH BERHARGA?

DUIT? ATAU NASIHAT?

PASTIKAN KORANG BACA SOALAN DENGAN BETOL,AKU TANYA MANA LEBIH BERHARGA BUKAN MANA LEBIH PENTING

Pada pendapat orang,duit lebih berharga pada mereka...


Pada aku NASIHAT lebih berharga...

KENAPA?
sebabnya adalah ,kalau korang bagi aku DUIT..duit tak boleh ubah aku menjadi insan yang lebih baik,aku boleh menyalahguna kan duit,duit tak dapat membeli kebahagiaan..

Kalau korang bagi aku nasihat,memang nasihat tak boleh beli barang dekat mall,

Kalau kau nak beli sabun misal kata,kau bagi nasihat sebagai bayaran sabun tu,sah-sah orang kata kau ni gila,nak mencuri..

tapi dengan nasihat aku boleh mengubah diri aku menjadi insan yang lebih baik..Dengan nasihat yang baik aku juga dapat membina sebuah kebahagiaan..dengan nasihat juga aku tidak akan menyalahgunakan duit yang aku ada..

Orang kata duit berharga sebab takder duit macam mana nak panggil orang untuk beri motivasi...

Dekat sini pun da tunjuk nasihat itu berharga,sebab nak panggil orang beri motivasi,beri nasihat pun kita kena keluarkan duit,tak ke itu menunjukkan nasihat itu sangat berharga??


Wednesday, June 22, 2011

i am sorry dear ...

sayang lupa langsung pasal "dee" uh..
sebab tu cerita lama...
sayang tak ingat langsung nak buang..
Sebab sayang tak ingat wujudnye cerita uh...

Tadi masa dear cakap pasal tu,sayang tak cakap sorry pun,
sebab sayang tengah luahkan apa yang sayang simpan dan rahsiakan dari dear selama ni...s
sayang mintak maaf sangat2...

=(

Sayang terjage...
sayang mimpi...
urmmm

sayang mintak maaf ye....
=(

tapi bila dear tahu pasal uh?

sayang mintak maaf....
sangat2...
syg dah buang dah pasal uh..

sayang cyg dekat dear....



(buruknye lukisan aku)


 Rasa2 nye salah ke aku luahkan semua nya tadi??
Tapi aku tak tahan simpan lama2 and banyak2...

Masa Dekat psis ,pada sis je aku selalu dapat luahkan,sebab bila dekat sana,setiap kali aku rasa terasa hati,macam malam birthday aku,sis je yang dapat aku cari,aku tak dapat cerita dekat dear,tu yang buat aku terseksa uh..Aku taknak buat dear takde mood ,taknak buat dear gaduh...Jadi sis lah orang yang aku akan cari,tapi aku takleh cerita apa2 dekat sis masa Miza ada,bukan aku tak percayakan miza,cume aku kurang keyakinan..

Masa malam yang lambat uh,aku tak cerita semuanya dekat dear..Hehe..aku takkan lupa malam uh,sebab malam uh memang macam malam aku berkorban lah..Aku buat macam takde apa2 terjadi sebab permintaan orang,taknak orang kena marah dan bergaduh.Alih2 aku yang kena marah dan bergaduh...(Tulah sebuk sangat nak protect orang,sendiri yang kena..hehe)..Sebab kan malam uh lah ,aku banyak tanye soalan bukan2 dekat dear,kesian dear,dan malam tu gak lah,aku hampir2 buat satu keputusan yang akan membuat aku terseksa sangat2..Sama macam malam birthday aku,malam yang tak dapat aku lupakan..Macam uh sekali hukuman untuk aku ye..


Banyak gak perkara yang aku simpan sorang2 ye...(Tak bermaksud nak tipu awak atau berahsia dengan awak dear,cuma saya terpaksa..)..

Aku nie memanglah suka sangat simpan sorang2,tanggung sorang2,nangis sorang2 dari dulu tak ubah2..Kenapa agak nye ek?

(ni bukan aku lukis ye)



Sakit gak ye simpan sorang2 nie,, =(

Orang tanya aku,agak2 boleh tak aku cuba mula kurangkan perasaan aku dekat dear?kurangkan mesej,kurangkan call,kurangkan segala2nya...

Aku jawap ye aku buat tapi hakikatnya dalam hati aku,aku cakap aku tak boleh,walaupun aku tahu siapa aku,tapi aku tak mampu,kau tak faham ke?..

Meninggalkan dear adalah penyeksaan buat aku,kau tahu tak?
Aku akan pergi kalau dear mintak aku pergi,tapi aku akan pergi dengan suatu penyeksaan...

Aku sedarlah aku ni siapa,jahat..Tapi kau takkan faham perasaan aku...hmm..

Aku tak marah orang,tapi aku terasa..

Dear,cyg sayang dekat dear..Cyg taknak hilang dear...
Dear syg mintak maaf,syg nangis sebelum letak fon tadi,,hehe,,pelik je bila dengan dear ni..Bila nak letak fon jerk mesti sedih,Senget betol sayang ni,Tak pernah buat perangai macam ni,tapi bila dengan dear,macam ni pulak perangai syg..Dear,syg mintak maaf ,sayang mintak maaf sangat...Dear taw kan cyg sayang dekat dear????


sedih lagi...

Tuesday, June 21, 2011

RINDU

Saya rindu sangat dekat awak,,


MACAM

sayang rindu dekat Dear..


T rindu dekat M.T...


Dak Noty rindu dekat Dak Uchux...


Princess rindu dekat Prince...

RINDU SANGAT2 !!!
=(

betulll..
Tak tipu !!!




Susahnya mata saya nak tutup..nak lelap..nak tidur...
Kenapa ye?

Ohh semalam saya nak update something tapi saya tak larat nak taip...

Semalam awak mesej saya,awak mintak maaf kalau2 awak dah susahkan saya,buat saya sedih,buat saya terasa,awak cakap awak bukan macam budak2 lain,langsung tak sama...

Saya risau,saya takut hilang awak,saya fikir apa yang keslahan yang saya dah buat...

Awak...awak tak penah pun susahkan saya,tapi saya yang dah banyak susahkan awak,dengan perangai saya yang degil,cengeng,kepala batu,keras hati,ngade2,gedik...Kesian awak kan..Tapi awak sabar je layan karenah saya...Kadang2 saya rase saya ni macam tambah masalah awak,dan awak akan lagi happy tanpe saya...

Saya nak awak happy...

Saya sayang dekat awak...Saya nak jadi cahaya...menerangi awak masa gelap,saya nak sentiasa ada disisi awak masa susah atau senang,masa happy dan masa sedih,saya nak jadi pendorong semangat awak,saya nak jadi penguat keyakinan awak,,Saya nak jadi dinding yang kukuh menghalang awak dari rasa putus asa...Menghalang awak dari rasa kesal...Saya nak kongsi rasa susah,rsa senang,rasa happy,rasa sedih,rsa sakit,masalah,segala-galanya tentang awak

Awak tanya saya,saya menyesal tak rapat dengan awak....

Awak saya tak menyesal kenal awak,rapat dengan awak,jatuh cinta dengan awak,..Saya tak menyesal pun awak...Saya bersyukur saya nekad untuk masuk poli dulu,kalau tak saya tak jumpa awak,saya tak kenal awak,saya dan awak takkan macam sekarang kan...Saya takkan menyesal awak...takkan...

Awak,memang tak macam budak2 lain,saya tak pernah pun cakap awak macam budak2 lain kan..Saya sayang dekat awak,tak kisah lah awak macam mana pun,awak tak sayang saya sekalipun,saya tetap sayang dekat awak...

Awak menyesal ke rapat dengan saya???

Awak...saya taknak awak fikir bukan2,taknak awak sedih2,taknak awak putus asa oke,Saya akan sentiasa menemani awak okeyh..Sampai lah awak halau saya dri hidup awak,tapi itu pun hati saya tetap menemani awak...

Awak,ingat taw saya sayang dekat awak sangat2,,sepenuh hati saya,,awak sebahagian dari diri saya...

"Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu sama seperti menikam hatiku lumat2
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu penyeksaan buatku"

saya update ni sambil dengar lagu sedih,hahaha..memang tak tahan lah kan,,hehe
Aku selalu perasan aku ni cantik...
Lawa,comel...
Tapi kalau orang dengar mesti dorang nak muntahkan...
Tapi AAK?
Ada aku kesah??
 hehe....

Buruk2 aku pun ada yang sayang,,,hahah..


Hehe,,,sebenarnye memang aku ni perasan lebihhh. !!!



  Saya beli printer,jenama canon..Harganya rm179.Itu pun lepas puas cari dekat Ampang Point tapi tak jumpa,Ada tapi mahal sikit dari yang aku punya ni.Aku beli printer ni dekat Care4 Ampang..Aku beli guna duit PTPTN yang aku simpan masa sem 1 aku...So dengan adanya printer nie senang lah aku nak print assingment aku masa sem dua dan sem2 yang akan datang..hehehe,,lepas aku beli printer nie semua orang cakap benda yang sama dekat aku..

"lagi 1 printer tu nanti kalau orang nak guna mintk print apa2,mintak dorang bayar jangan bagi free je"
-DEAR-

"ha nanti awak jangan suka2 bagi orang print free2 je ye,ink dakwat uh bukan nya murah taw,tengok tadi dakwat je da seratus lebih."
-MAMA-

"nanti mintak orang bayar kalau guna,yang coloured uh mahal taw,bukan nak susahkan or berkira dengan orang tapi,kit kena gak fikir"
-KakLang-

"ko jangan pulak bagi free je orang print taw,ko beli dakwat mahal orang print free je nanti"
-Along_

"cakap dekat adik,jangan biar orang print free2 je,"
-KakNgah-

Hehehe..semua orang bagi nasihat macam tuh,,hehe,,,macam tau2 je perangai pemurah aku ni,,,hahaha,,,yela2 semua,saya ingat uh nasihat kalian semua,,hehe,,muahhh

Sunday, June 19, 2011

 "syg ni baik,jaga diri elok2,jangan biar orang senang2 je pijak kepala syg"
-dear-

"ahh,,kau ni suka sangat fikirkan perasaan orang lain,dorang ada nak fikir nak jage perasaan kau?takde kan?"
-ayu-

"dorang uh buat awak ni macam patung,takde perasaan,"
-kisahsilam-
(dia pun sama buat aku macam patung!!!)

"dah lah..aku taknak lah kau fikirkan orang lain,fikirkan diri sendiri okey,,"
-atin-

"kadang2 aku pelik,macam2 orang buat dekat kau,orang sakitkan hati kau,sampai kitorang ni yang rasa bengang tapi kau still boleh terima,boleh baik dengan orang2 macam tu"
-naz-

"kau nie gilalah,baik sangat topupkan orang,orang bukan mesej dengan kau pun,dan kau memang tahu pun pasal uh,,baik sangat.."
-wan-

"Orang takot,sebab awak ni tak pernah langsung marah padahal orang selalu je tak pedulikan awak"
-kawan-

"aku taknak fikir pasal dia,kau sebuk sangat nak jage orang,langsung tak fikir diri kau,apa yang kau peduli sangat dekat orang yang tak peduli langsung perasaan kau?"
-ejart-

  Aku ni selalu sangat buat baik dekat orang,padahal orang akan hukum aku atas kesalahan kecil aku..

Aku cuba untuk jaga perasaan orang,tapi orang selalu je buat aku terasa..

Orang buat aku menangis masa malam birthday aku,dengan segala benda yang aku taknak dengar pada malam yang sepatutnya malam yang menggembirakan aku,,
Tapi aku buat orang menangis masa malam birthday orang,dengan cuba untuk memeriahkan malam birthday orang,cuba untuk menjadikan hari uh adalah hari bahagia dan gembira orang walaupun mungkin tak gembira..tapi sekurang2 nye malam birthday orang tak macam malam birthday aku..-(

Aku fikir perasaan orang,tapi adakah orang fikir perasaan aku??

Aku fikir perasaan orang sampai aku tergamak nak lukakan hati dan perasaan aku,sampai aku terfikir untuk melepas kan apa yang aku tak rela,tak sanggup aku hilang..Aku fikir perasaan orang sampai aku menitiskan air mata menahan siksanya perasaan aku..
Orang anggap pe yang ada dalam fikiran aku,hati aku,perasaan aku,masalah aku segala2 nya adalah benda kecik remeh temeh,
Tapi aku sentiasa fikirkan perasaan orang,hati orang masalah orang segala2 nye walau sekecil kuman adalah benda yang aku patut fikirkan dengan sepenuh nya,,

Adakah bila aku susah nanti akan ada orang yang membantu aku??

Aku sentiasa topupkan orang walau pun aku tahu orang bukannya mesej aku pun,orang sebuk mesej awek,pakwe dorang dan siapa pun lah,,Tapi bila aku mintak topupkan macam2 alasan orang bagi dekat aku tapi kenapa aku masih nak tolong orang?

Orang sentiasa pinjam duet aku kadang2 lupa nak bayar tapi aku tak pernah sanggup atau berani nak mintak balik..kenapa?tu duit aku kan? jawapan nye biarlah,tu kan kawan...Tapi bila aku pinjam duit orang,cuba bagitahu siapa yang taknak mintak balik??Mungkin ada tapi berapakah bilangan nya??

hahaha
Bukan aku mengungkit cuma semuanya kembali bermain di minda aku..
betollah cakap2 mereka semua...aku ni senang kena pijak walaupun kakak aku kata badan besar macam ni pun ada orang boleh pijak ke..hehe



Sweet Days..
Sweet Memory...
Sweet LOVE...
Always in Heart....

Sunday, June 12, 2011



MENANGISSSS !!!

(i_i)

Saturday, June 11, 2011

LINTAS JALAN

Sambungan kisah T dan M.T...

 Kisah ini boleh jadi kelaka,boleh jadi kenangan yang sangat sweet..Kenapa?
hehe..

 Kisah ini bermula pada suatu hari,sebelum mereka meluahkan rasa hati mereka.,T
 keluar ke pekan bersama2 dengan M.T dan juga rakan2 yang lain...

Di dalam bas T terpaksa duduk seorang diri sebab,,,sebab M.T duduk dengan manje,,hehe,,Cemburu?
erk tak pun,,buat pe T nak cemburu pulak kan..Tapi sikit uh ada lah,,,hehe..

Biasa lah kalau dah ke pekan ni ada jela tempat yang ditujui,dari satu kedai ke satu kedai,perghh penat nye berjalan,,Kadang2 T jalan sorang2,,hehe,,

Dah penat berjalan ,mereka pun terasa lapar dan dahaga,,jadi tempat biasa untuk makan tengah hari ialah KFC..Nak dijadikan cerita,mereka kena lintas jalan untuk pergi ke kfc..Masa ni T berjalan dengan manje dan M.T..Pada mulanya T berjalan di belakang Manje dan M.T..tapi masa berhenti untuk nak lintas uh T jalan sebelah manje yang berada tengah2 antre T dan M.T..Dab kebetulan ada kereta jalan,tiba-tiba M.T macam kelam kabut nak tarik tangan t sambil panggil nama T tapi T da kat sebelah Manje ,so M.T sempat capai angin jela,,hehe,,masa uh T tersenyum je tengok gelagat M.T,,tambah2 bila dye kena bahan dengan Manje,,hehe,,Muka dye terus je blushing,,hehe

Tu lah salah satu kenangan yang T memang tak lupa,,Macam mana nak lupa kan kenangan uh,,kenangan uh sngat sweet dan berharga bila someone yang dye syg and cinta nmpak takot sgt kalau apa2 jadi dekat dye,,Is that mean he love T?

Ask M.T by yourself,,,


The End =P

Friday, June 10, 2011

Hari ni dah 10/6/2011..Bermakna hari ini dah masuk 3 bulan saya dengan awak...Saya happy dengan awak..Happy sangat..Terima kasih awak kerana beri saya ruang dekat hati awak walaupun sedikit..Terima kasih kerana awak sudi sayangkan budak noty,degil,tak dengar cakap ni..Terima kasih sudi terima saya sebagai kekasih awak.Terima kasih kerana beri saya peluang untuk menyayangi dan mencintai awak..Terima kasih sebab sentiasa amik berat pasal saya.,jaga saya dengan baik..Terima kasih..

Awak ,saya nak awak tahu yang saya sayang kan awak.ikhlas dari hati saya,saya tak kisah pun kalau awak cakap awak uh "dak gemok,comot,xhensem apa-apa jela"..Saya tetap saya sayang and cinta kan awak..Saya harap sangat saya takkan kehilangan awak..Sayang sayang sangat2 dekat awak..Sehari tak jumpa pun saya rasa rindu,sedih..Macam mana kalau awak tinggal kan saya kan..huhuhu

Awak saya taknak hilang awak boleh?
saya nak terus sayangkan awak cintakan awak boleh?
Saya nak terus ada dengan awak boleh?
Saya nak terus disayangi dan dicintai oleh awak boleh?

3 bulan dah cinta kita,ia bukan nye penamat,sebaliknya cinta itu akan terus mekar dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan,tahun ke tahun hingga akhir hayat saya..
I LOVE YOU FOREVER DEAR !!!
SEMINGGU DALAM KEKUSUTAN
(SEBELUM CINTA T BERSAMBUT)

T semakin hari semakin risau,sayang nye dia pada M.T telah berubah arah..
Dari sayang nye seorang adik kepada abg
kini..
Mula berubah..
"Tidak tak mungkin..Tak mungkin ini boleh terjadi.Dia abg aku,takkan aku leh syg dia lebih dari tu?ahh.mainan perasaan je ni"
Itu lah kata hati T..
Tapi sebaliknya ia merupakan perasaan sebenarnya..


"Ke mana harus ku luahkan? perasaanku padamu
Yang selama ini ku pendamkan? di dalam diamku
Sukarnya ku berterus terang? tentang perasaan ini"

"Arghh..macam mana nie,aku dah jauh melangkah,mana boleh aku jatuh hati pada abg aku,walaupun dia bukan abg kandung aku,tapi dia tetap abg aku,,Dan pada dia aku cuma sekadar adik nya..Tak mungkin dia leh terima aku lebih dari tu,,ahhh,,gila aku nie,dah melampau,,aku kena hentikan perasaan ni,,dia abg aku"
Semakin hari T rasa takut..Macam mana dia nak terus terang tentang perasaan dia?dia takut perasaan dia akan menyebabkan perkara yang paling tidak dia ingin terjadi..


Bimbang seandainya tak kau terima
Musnahlah harapanku ini
Bagaimana harus aku mengahadapi? semua itu
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati

T tahu dia cuma bertepuk sebelah tangan,lagipun dia tahu dia tak sepatutnya ada perasaan uh..M.T juga tak kan dapat terima perasaan uh..Akhirnya T amik keputusan menyepi kan dirinya,dia bukan menyepi kerana benci,tapi menyepi untuk mengubah semula perasaan nya,cuba untuk membuang perasaan yang dah berputik dalam hatinya,demi kesenangan kebahagiaan M.T.Dia tetap mesej dengan M.T tapi mungkin tak seperti selalu.Seminggu T dalam kemurungan,cuba untuk ubah segalanya,tapi T manusia biasa,dia tetap tak dapat buang perasaan tu,sebaliknya dia mula menjadi pendiam,Sehinggakan M.T menyedarinya,

"abg nak balik adik abg,adk abg bukan mcm ni,abg taknak adk abg sedih2,abg rindu dengan suara adk,gelak adk,muka adk yang cute,abg nak balik T abg,..abg takde semangat nak belaja bila adk takder,, "

Tak mudah untukku melupakan dirimu
Kau bagiku segala-galanya
Pada yang Maha Kuasa ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hatimu
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
"T minta maaf M.T,..T tak bermaksud nak buat M.T susah hati,,,Tapi T buat semua ni untuk M.T,,T kena buang perasaan T,,Tapi T tak dapat,T tak boleh,,T dah sayang sangat dekat M.T,,Dah terlalu jauh hati T ni pergi dekat M.T,,,T dah cuba,,Tapi tak boleh..T cuma dapat berikan balik adik M.T tapi T terpaksa berpura2 yang T takderk perasaan tu lagi dan T cuma dapat berdoa je yang suatu hari perasaan T tak perlu di buang sebaliknya terus dibiar mekar..."


Jangan biar keraguan menghantui jiwamu
Dalam ku meniti semua kepastian
Dari bibirmu? oh kasih
Kasih dan sayang? cinta dan rindu
Tersemat di jiwaku
Usah biar ku kecewa membalut luka
Agar kau mengerti yang selama ini
Aku menyintaimu





Haha,,ni lah dia perasaan T masa dia belum menjadi sayang buat M.T...lagu sepenuh hati ini lah yang menjadi mainan bibir T setiap hari,,,ye T mencintai M.T sepenuh hati nye,,,hingga ke saat ini pun...T masih tetap mencintai dan menyayangi M.T,,,M.T segala-galanya buat T..
=D
The End



 
SPORT?

Saya tak berminat dengan SPORT,dari sekolah,boleh dikira berapa kali saya menceburi aktiviti berkaitan dengan Sport.Sangat sedikit..Haha,Saya sendiri tak tahu mengapa..Sedangkan almost all my family aktif SPORT masa remaja diorang..Tapi saya?uhhh..Pelik..

Suatu hari,Awak ajak saya jalan-jalan pusing poli,tiba-tiba awak berhenti,awak ajak saya tengok orang main bola apa ek?..
Saya ikot kan je,walaupun saya tak tahu pun pasal SPORT nie,,haha,Saya pusing kanan,pusing kiri,,Tiba-tiba awak cakap
"ni la jadinya bila orang yang tak minat SPORT di bawak tengok SPORT,,hahaha"
Terkana saya..hehehe.

Saya memang tak minat SPORT,tapi awak paksa saya cuba,Kadang2 awak ajak gi jogging..Tu takpe lagi.Tiba-tiba awak paksa saya main tennis..Perghh,,cuak nye saya nak cuba sesuatu yang tak pernah saya cuba..Saya taknak,tapi awak paksa gak..Akhirnya saya cuba gak,,woww,,best gak ye main tenis...walaupun saya just main macam uh je dengan tak pakai sport shoes..

Lepas uh awak ajak saya main Pingpong pulak..Asal nye awak suruh saya pilih mana hala tuju kita..Nak pergi pantai atau gim?Saya meman teringin nak pergi pantai,rindu dekat suasana pantai tapi masa dah suntuk lagi pun saya teringat dah berapa hari awak nak pergi gim,tapi tergendala sebab awak nak teman saya.Kesian awak sebab saya awak tak dapat buat aktiviti kesukaan awak.Jadi saya ikot awak pergi gim.Tapi bila dah masuk gim uh saya rasa macam menyesal pulak.Yelah mana taknya,awak paksa saya main pingpong..mana lah saya reti main,dah lah ramai orang segan saya..Tapi bila dah main pingpong uh dengan awak..Rasa best pulak,huhuhu..So saya tak jadi nak menyesal..BEst...

Huhu,suatu hari kita jalan nak ke kafe,tengok orang tengah main bola baling dan awak cakap
"lepas ni saya nak ajak awak main bola baling pulak"
ngee..haha Awak ni jurulatih sukan saya yang terbaik lah..
huhu
terima kasih sebab buat saya mula mencuba aktiviti SPORT ni..hehe
So kakak saya da takleh cakap macam ni
"kau bukan anak mama lah kalau kau tak minat sukan,sebab mama pun dulu permain hoki taw"

hehe..so i am mama's daugther..
Thank you AWAK
ILU awak...

Thursday, June 9, 2011

Bila cinta kian mekar di lubuk hati,bila sayang semakin berkembang meliputi sanubari.Bila kasih tak sanggup aku lepaskan ia pergi,.
Maka rela kah aku kehilangan nya?




The letter I LOVE YOU...

Is for you...

The letter I MISS YOU..

Is for you..

The letter I LOVE YOU FOREVER UNTIL MY LAST BREATH..

Is also for you...

Yess you..

You are the one who I sent this letter..

Yeayh,,you my dear...

Andai kata esok aku menjauh,
Andai kata esok aku menyepi,
Andai kata esok aku membisu,
Andai kata esok aku menyakiti mu,

Jangan pernah menganggap aku membenci,
Jangan pernah memikirkan aku mementingkan diri,
Jangan pernah merasakan aku menghukum,
Jangan pernah menyatakan aku tidak lagi sayang dan cinta,

WALAU APA PUN YANG TERJADI

Ingat lah aku tetap menyayangi,
Ingatlah aku tetap mencintai,
Ingatlah kau tetap sebahagian dari hidupku,
Ingatlah sekali aku menyakitimu,berkali-kali aku menyakiti diri aku..

Wednesday, June 8, 2011

THIS DAY IS MY HEPPY DAY

Today i am happy be with you..
I saw your smile..
I heard your laugh..
I miss you..
I miss everything about you..

You make me smile..
You make me laugh..
You make today is a best day for me..
You alway s be at my side..

If this day is a last happy day for me,
And if  I will never have another day that would make me happy like today,
I will make sure that i will remember this day every second of my life,
Until my last day in this world.
Thank you for today ...


Bila diri di sayangi & Salam sejahtera

This two song is my favourite songs,
Dan awak nyanyi kan lagu nie.
Masa awak nyanyi saya rasa terharu sangat,
Rasa nak menitis air mata ni,

Awak mintak saya nyanyi,
Tapi saya langsung tak nyanyi kan apa2 lagu untuk awak,
Sampai hati saya kan,
Dah lama awak mintak saya nyanyi untuk awak,
Saya selalu mengelat,
Bila dah ada peluang nyanyi,
Saya pakse awak yang nyanyi..

Kesian nya awak..
SAYA MINTAK MAAF


Sunday, June 5, 2011


NASI GORENG KAMPUNG


"Nasi goreng kampung dua,pedas2,1 nak nasi lebih dengan telur dadar "

Menu yang hampir selalu menjadi pilihan T dan M.T..Asalnye nasi goreng kampung nie makanan kegemaran T,tapi lama kelamaan M.T pun ikut suka..huhu..

Huhu,T dia selalu sangat mengelak untuk makan,tapi M.T yang nakal selalu sangat akan pujuk T dan guna kan ayat ni.."awak jom lah makan,nasi goreng kampung,sedap gila,pedas pulak tu,jom lah,rugi taw"

Haha..T kompom lah terliur dengar makanan kegemaran dia uh..hehe,,,

Adakalanya T dan M.T hanya akan beli makanan untuk seorang dan diorang share,makan sama-sama.."sharing is caring",,haha

Dari membazir tak habis..hehe

Nasi goreng :-
  • goreng ikan bilis(asingkan)
  • panaskan 4 sudu minyak masak..
  • masukkan daging,(masak smpai empuk)
  • masukkan sayur kangkung(masak sampai sayur layu)
  • masukkan telur
  • masukkan nasi dengan ikan bilis yang dah digoreng tadi
  • gaul rata nasi tu
  •  masukkan perencah nasi goreng kampung (apa-apa brand pun ikot suka la)
  • kacau sampai rata
  • hidangkan panas2.
  • (boleh letak cili api lau nak pedas)



Kenapa eh?
Kenapa aku ni suka sangat buat orang sakit hati,marah,sedih,bengang dengan aku?
Semua orang aku buat macam tu...
Kenapa?

Hm..

Kadang2 aku terfikir lebih baik aku tak ada langsung,aku tak buat orang sakit hati..

Tapi kadang2 aku sengaja je buat orang benci aku..Kenapa?

Entah lah..aku pun takdee jawapan nya..

Kadang2 aku terfikir gak yang aku ni macam benci diri aku..haha..

ada ke orang benci diri sendiri??

Entah lah aku pun tak berapa nak taw...

Kadang2 aku terfikir,kalau aku dah takde nanti,macam mana nye dengan orang2 yang aku sayang?

Sedih ke??happy ke??

Entah lah aku pun tak berapa nak taw...




NotaKakiLima : #$%^&# mental

Thursday, May 26, 2011

Aku cinta pada mu




Saya teringat masa ni..
Masa ni kita study sama-sama dekat pondok tepi tasik..
Awak buat nota..
saya main laptop..
Awak main laptop..
saya buat nota..

Tiba-Tiba..

Awak bagi saya laptop..
Awak buka you tube..
You Tube lagu tu..
Awak bia lagu tu terpasang..
Awak tinggalkan saya sorang2 dekat situ..
Awak pergi toilet..

Saya dengar lagu tu..
Saya nyanyi sekali..
Saya tengok awak tengah on fb dalam masa yang sama..
Saya buka tab yang ada fb awak..
Saya nampak saya..
Gambar saya...

Saya dengar lagu tu sampai habis..
sampai awak datang..
saya senyum..

Malam tu awak mesej saya...
Awak suruh saya study betul2..
Awak nak saya boleh jawap exam..
Awak cakap awak sayang saya..
Awak bagi lirik lagu tu...

Awak saya penah cakap dekat awak..
Kawan saya nangis dengar lagu tu..
Bila dia nangis saya teringat dekat someone..
Orang tu pun nangis masa dengar lagu tu..
Dan Masa dia dapat lirik lagu tu..
Orang tu saya..
Saya tak bagitahu awak yang saya nangis..
Ye saya memang nangis masa dekat pondok tu..
Tapi bila nampak awak..
Saya lap airmata saya..hehe

Saya nak cakap
AKU CINTA PADA MU awak..