Wednesday, May 2, 2012

sesuatu yang aku tak pernah rasa dulu

Dulu setiap kali mama suruh solat, aku rasa malas sangat, aku selalu mencipta pelbagai alasan. Aku selalu mengelak bila mama tanya pasal solat..
Aku tak bangun bila orang kejot suruh solat, Aku buat tak dengar je bila orang cakap pasal solat.
Tapi kini,
Bila aku setiap hari solat, aku cuba dekatkan diri aku dengan Allah, aku sentiasa fikirkan kematianku,
Aku jadi seronok solat,setiap kali aku tertinggal solat, aku rasa takut sangat, aku rasa sedih,.Aku rasa goyah amal kebaikan yang aku buat.dek kerana tak cukupnya tiang agamaku.
Perasaan ini,aneh yang menyenangkan..
Sesuatu yang tak pernah aku rasa dulu..

No comments:

Post a Comment