Tuesday, May 1, 2012

gempa


Hingar bingar suara orang membuatkan tidur aku terganggu.Arh,bisingnya diaorang ni !
”Wehh,bagunlah  ! “ .Lantang suara Izzah mengejutku dari mimpi indahku,dan entah mengapa aku rasa bagai api disimbah minyak hitam,membuatkan kemarahanku tiba-tiba hadir bagai taufan.
Sambil mencampak selimutku ketepi aku berkata “Ish,kau apahal..!” .Terlontar suara kasarku kepada roomate ku merangkap sahabatku.
”Bangunlah, turun bawah. Kau tak dengar ke semua orang dah kelam kabut turun bawah?”.Tergambar riak kegeraman di wajah Izzah.
Aku pula masih dengan angin buruk ku,terus bangun dan menyarung tudung.
”kenapa kena turun?.”Masih lagi tidak puas hati mengapa aku perlu dikejutkan dari mimpi yang indah.
“Ada gempalah, bagunan bergegar..”
Aku tidak mampu berkata apa-apa,mungkin kerana terkejut atau tidak percaya aku hanya mampu mendiamkan diri, dan entah mengapa timbul rasa bersalah di hati ku kerana telah menengking roomateku yang hanya berniat untuk mengejutkan ku.Malah terdetik di fikiranku, andai runtuh bagunan ni, aku mungkin telah mati tertimbus jika bukan dia yang mengejut aku yang terlalu lena.
Kami bergegas turun ke bawah dan berkumpul di hadapan blok B3.Aku masih mendiamkan diri mendengar sahabat-sahabatku bercerita.
“Syu rasa pening je tadi,tiba-tiba je..” luah hati sahabatku syu.
“Aku pulak mula-mula tengok katil bergerak-gerak, aku fikir gak,takkan eiryn tidur sampai bergerak katil,lepas tuh aku tengok air dalam botol atas meja berkocak, tu aku dah agak dah tu..” kata roomateku Izzah.
Tergambar riak kerisauan di wajah sahabat-sahabat ku malah di wajah penghuni blok B3 yang lain.Aku kemudian rasa kepala ku pening dan apa yang ada di fikiran ku adalah untuk menghubungi mama yang tercinta.Aku mencerita kan apa yang sedang aku alami pada mama, bukan niat untuk merisaukan hati mama, tapi lebih kepada untuk mendapatkan sedikit ketenangan dengan mendengar suara insan yang melahirkan aku.
Sedang dalam perjalanan ke padang yang tidak sejauh mana, terdengar suara lantang ecah,“Ha,siapa yang belum solat tadi ! mengucap banyak-banyak weh,takut tak sempat bertaubat je nanti,hahaha”
Walaupun dia gelak sambil bercakap, tapi hatiku rasa gementar, aku takut.Mengapa? kerana aku tidak semanyang dari subuh hinggalah pada waktu ini pun aku belum semanyang.
“Adik, aku takut.Kita ni dah banyak buat dosa,sempat ke kita nak bertaubat?..” aku meluahkan rasa takut ku..
Pada saat ini, timbul kesedaran dalam diri aku, bertapa selama 20 tahun Allah pinjamkan aku nyawa , untuk aku membuat kebaikan di dunia,tapi apa yang aku lakukan hanyalah keburukan ! kejahatan ! kezaliman ! dan semuanya hanyalah dosa ! Adapun kebaikan yang aku lakukan apalah ertinya andai tiang agama ku runtuh menyembah bumi.
Selama ini bila aku semanyang yang kadang-kadang tu,aku selalu mintak Allah  bagi aku petunjuk untuk berubah.Rupanya selama ni Allah  dah banyak bagi aku petunjuk, tapi aku  je yang buta, buta hati ! Petunjuk yang paling besar Allah tunjuk pada aku ialah gempa yang berlaku dan amaran tsunami.

No comments:

Post a Comment