Tuesday, May 1, 2012

Transformasi

Transformasi bukan citer transformers tu ek...
Aku rasa dah tiba masa untuk aku berubah, sampai bila aku nak terus hidup dalam kegelapan, sampai bila aku nak tangguhkan perubahan aku? Manusia makin lama makin tua makin menuju kematian.Kita tak tahu bila masa ajal kita sampai,sempat atau tak kita bertaubat nanti.
Aku sedar, selama ni aku Cuma mementingkan diri, aku buat dosa, aku tinggal kan solat fardhu tiang agama aku.Aku ingat dosa aku aku tanggung sendiri tapi aku lupa,mama dan ayah juga akan merasa tempias dari dosa yang aku lakukan..Tidakkkk !!! aku tak rela !!!!
Selama ini, aku solat masa aku susah je, bila aku senang, aku lupa Allah, patot lah kawan=kawan cari aku masa diorang susah je,masa diorang senang diorang lupakan aku, sebab itu gak yang aku buat pada Allah tuhan yang mencipta aku.
Apa lagi yang aku tunggu?petunjuk dari Allah? Dah bermacam-macam petunjuk Allah bagi.Sehinggakan Allah beri petunjuk gempa dan tsunami adakah masih belum cukup lagi??
Adakah aku mahu tunggu saat dunia sampai ke penghujungnya?saat kiamat tiba? Masa tu aku dah tak boleh nak ubah apa-apa dah.
Ya aku akan ubah diri aku ke arah kebaikan.
Terima Kasih wahai kekasihku ,kerana dirimu sentiasa menyokong setiap apa yang aku lakukan.
Terima kasih kerana kau menerima aku seadanya, kau terima buruk dan baikku..
Ye kita akan sama-sama mencari keredhaan Allah..
Kita akan sama-sama mencari jalan Allah.
Semoga niat suci kita diredhai dan diberkati..Amin

No comments:

Post a Comment