Monday, April 14, 2014

JANGAN TUNGGU 22 TAHUN LAGI !!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


 Suatu masa dahulu, aku sering mendengar mereka berkata perjalanan masih jauh lagi, sekarang masanya untuk menikmati setiap keseronokan duniawi, nanti bila sudah tua insaflah dan baru lah bertaubat. Malah, aku sendiri sering memikirkan bergitu, nantikan boleh taubat, nantikan boleh betulkan balik diri yang sudah tersesat, Allah kan Maha Penerima Taubat. Sungguh kehidupan aku pernuh keseronokan dunia, 22 tahun hidup pernuh sia-sia. Aku lupa, Allah sedang melihat setiap perbuatan aku, aku lupa malaikat sedang mencatit setiap perlakuanku dan amalanku, aku lupa Izrail sering kali datang melawatku, setiap hari setiap masa, iya..sungguh aku lupa.

 Hari demi hari, detik demi detik, aku kumpul setiap titik hitam hingga penuh hatiku dengan titik hitam itu, tidak mampu ku bayangkan bagaimana rupa hatiku kini setelah 22 tahun aku mengumpul titik hitam itu dengan sedar mahupun tidak.  Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahuinya..
Biar banyak manapun pujian manusia di sekelilingku, satu pun tidak layak aku terima, kerana buruknya aku tersembunyi dari pandangan dan pengetahuan mereka. Seringkali aku bertanya pada diri yang berdosa ini, bolehkah aku berbangga dengan pujian mereka sedangkan diriku dimurkai Allah? bolehkah aku bergembira dengan pujian mereka sedangkan balasan perit dari Rabbi ku sedang menanti? Kata sisi hitamku " Kau memang layak dipuji.. mereka bukan tahu pun buruk dan hitamnya hati kau.mereka tak tahu!" sebaliknya, sisi putihku menidakkan kata-kati sisi hitamku, katanya "jangan..ingatlah..sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui setiap apa yang ada di langit mahupun bumi, yang terzahir mahupun yang tersembunyi di dalam hati setiap hambaNya..dan ingatlah pembalasan Allah sedang menanti"

 Suatu masa, aku masuk sebuah lorong yang tiada apa-apa, tiada nikmat keseronokan dunia, tiada warna warni dunia, yang ada cuma kegelapan, kekosongan, kesepian yang mendalam.. Aku lemas dan rimas. aku tidak tahu ke mana hala tuju hidup aku. Aku ingin melangkah kehadapan tiada jalan, ingin aku kembali ke belakang, tiada jua jalan, begitu jua ke kanan dan ke kiri. Aku ibarat dalam sebuah kotak tiada pintu tiada tingkap. Ketika itu aku tidak tahu apa perlu aku lakukan, aku takut! takut kan kekosongan yang aku rasa. Aku tidak tahu pada siapa ingin aku luahkan apa yang aku rasa. Seandainya aku luahkan pada mereka sekali pun, mereka pasti tidak mengerti, mereka pasti sangka aku hanya saja suka-suka berkata-kata, mereka pasti ingat aku gila.. Tapi terdetik di hatiku Hanya Allah yang maha Mengetahui setiap apa yang hambaNya rasakan...

 Pada saat ini, buat kali yang entah keberapa pun aku tidak ingat, aku cuba usaha bangun mencari jalan pulang, mencari redha Rabbi ku, mencari cinta yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Bak kata seorang hamba Allah yang merupakan seorang penulis yang mengajak setiap orang kembali mencari Allah. Katanya "walaupun dah jatuh buat kali ketujuh, bangkitlah buat kali kelapan". Bezanya dahulu andai aku jatuh aku terus jatuh berbulan lamanya dan adakalanya bertahun lamanya aku terus tenggelam dengan keseronokan dunia. Alhamdulillah kini, andai aku jatuh (iya aku pasti jua tersungkur, kerana aku manusia dan hamba berdosa yang masih kurang ilmu akhirat, yang masih rapuh imannya) aku tidak akan lama dengan kejatuhanku, aku akan cepat bangkit semula, usaha semula. 

 Kini, ketika aku mencari-mencari Rabbi ku, mencari cintaNya, mencari redhaNya dan ketika aku sedang cuba mengubah diriku menjadi lebih baik, usaha membersihkan tiap titik hitam di hati ini, sungguh benar aku merasakan satu kesusahan, kepayahan untuk kekalkan diriku di landasan yang benar, benar imanku yang rapuh mudah sahaja tergoda dengan godaan nafsu yang ditambah rasa dan perisa oleh bisikan halus musuh setiap anak cucu Adam dan Hawa (iya aku tahu, kerana itulah janji syaitan yang dilaknat Allah). Benarlah cerita sahabatku tatkala dia membuat "presentation" untuk subjek tasawwur islam. Ceritanya (aku tidak pasti darimana sumbernya) pada saat Allah menyuruh malaikat melihat syurga dan neraka, Allah bertanya pada malaikat bagaimana rupanya, kata malaikat seandainya manusia melihat syurga pasti mereka berlumba-lumba untuk ke syurga dan seandainya mereka melihat nereka pasti mereka takkan mahupun untuk ke neraka, tetapi seandainya mereka melihat jalan untuk ke nereka pastinya mereka akan berlumba-lumba ke neraka, kerana apa? maka fikirkan lah sendiri..

 Kesusahan dan kepayahan yang aku lalui dalam mencari redha Allah, memerlukan Istiqamah. Sesuatu yang aku masih belum mampu kecapi.. Ye aku masih belum mampu untuk istiqamah.. Aku masih mencari-cari dan aku harap Allah kurniakan aku istiqamah dalam mencari cintaNya.. Kala ini, aku terfikir kembali, bagaimana dulu aku mampu fikir untuk bertaubat dan mengubah diri hanya pada waktu tua ku, pada saat akhirku, sedangkan bergini susahnya untuk mencari redha Allah, mencari cinta Allah, dan bergini susahnya aku nak membentuk kembali rohaniku dan bagaimana dulu aku terlalu yakin yang aku mampu dapatkan keampunan tuhanku? Benar Allah itu maha Pengampun, tapi lupakah aku pada kata sahabatku bahawa jalan ke syurga itu pasti tidak akan ada orang yang memilihnya seandainya mereka tahu bertapa sukarnya? 

Benar Allah itu maha Pengampun, tapi bagaimana aku yakin yang aku mampu terus benar-benar bertaubat pada saat tua aku nanti tanpa usaha dari masa mudaku? Allahu bertapa zalimnya aku pada diriku sendiri.. Seandainya sekarang setelah 22 tahun hidup pun aku merasakan terlalu banyak dosa yang aku sedang pikul, terlalu banyak titik hitam yang perlu aku hilangkan bagaimana jika aku hanya mula untuk berubah pada 22 tahun yang akan datang? tidak mampu aku bayangkan..

Aku hamba berdosa, mencari-cari cinta dan redha dari Allah tuhan yang esa. Aku hamba berdosa yang masih terlalu kurang ilmu akhiratnya, yang masih rapuh imannya.Aku mengharap tiada saudara-saudara islamku yang lain yang terfikir untuk berkata (mahupun melakukannya) " lama lagi nak hidup nanti dah tua dah puas berseronok barulah insaf barulah bertaubat barulah berubah". kerana sesungguhnya bukan senang untuk mengubah diri yang telah terlalu lama bergelumang dosa dan noda, bukan senang untuk membentuk rohani dan jiwa yang telah rosak dan busuk, bukan senang untuk istiqamah dalam mencari ampunan, redha dan cinta Allah. Firman Allah, adakah mereka (setiap manusia) fikir mereka dibenarkan berkata mereka sudah beriman  sedangkan mereka belum diuji dengan kesusahan. waallahualam.


"Ya Allah perbaikilah bagi kami agama kami, kerana ia penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami, kerana di dalamnya kami hidup, perbaikilah akhirat kami kerana ia tempat akami kembali, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan. Ya Allah jadikanlah sebaik-baik  umur kami adalah pada penghabisannya, dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari adalah hari bertemu dengan-Mu. Ya Allah, anugerahkanlah pada kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami dari melakukan maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami dan janganlah Engkau jadikan dunia kehendak paling besar kami dan pengetahuan paling akhir kami. Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa orang-orang yang rapat dengan kami, dosa muslimin dan muslimat ,dosa mukminin dan mukminat. ampunilah dosa kami semuanya Ya Allah yang Maha Pengampun. Ameen"

Friday, January 3, 2014

Dalam setiap bangkitku



Dalam setiap bangkitku
Aku berperang dengan diriku
Diri yang telah terlalu lama selesa 
Selesa berenang dalam kenikmatan dunia
Hari demi hari
Aku cuba bertahan

Dalam setiap bangkitku
Aku masih lemah
Tempat berpaut yang aku bina masih belum kukuh
makanya, Aku terjatuh kembali
Jatuh ke dalam kegelapan
kegelapan yang bersembunyi di sebalik kenikmatan dunia
Lalu aku kembali tenggelam keseronokan
keseronokan hingga akhirnya aku makin lemas

Dalam setiap bangkitku
Aku mengharapkan redha Allah
Aku mengharapkan Nur Allah
Tetapi usahaku masih tidak mencukupi
Moga aku diberi kesempatan
Kesempatan berada dalam redha Allah
Kesempatan menghembus nafas ku yang terakhir dalam redha dan kasih Allah


Wednesday, May 15, 2013

Rasa hati kami... (menangis.terseksa.takut.merana)

Iman dan hati
Saling berkait rapat
Terikat menjadi satu
Mempertahankan diri dari tergelincir

Iman kami nipis !!
Senipis kertas coretan..
Hati kami rapuh !!
Serapuh kaca..
Bagaimana kami akan terselamat?

Solat...usaha kami
Memperbaiki iman, memulihkan akhlak
Kembali ke jalan yang benar lagi lurus
Merindui Fitrah kurniaan Ilahi.
Takut akan kemurkaan Allahu Rabbi..

Hati kami
Tetap mencintai pada yang haram
Bergelodak tanpa henti
Perzinaan hati terus terjadi
Menggangu emosi dan fikiran
Tidak terdaya kami melarikan diri
Bagaimana kami akan terselamat?

Bernikah pada usia ini
menjadi cita-cita
Jalan keluar, Jalan penyelamat
Mencegah segala kemungkinan yang terjadi
Wajib untuk kami
Insan yang tak sanggup terus melakukan zina
Walau hanya zina hati
Kelak pasti memakan diri

Di mana duit nak di cari?
Buat mencapai cita-cita yang murni..
Keluarga pasti jadi penghalang
Usia yang muda sedang belajar
Alasan sokongan tak diberi
Pada kami yang memerlukan
Bagaimana kami akan terselamat?

Setahun dua masa diberi
Tempoh menunggu yang menyeksakan diri
Zina hati terus menjadi sebati
Apa-apa pun mungkin terjadi
Bagaimana kami akan terselamat?

Tak siapa yang memahami
Tujuan dan rasa hati
Insan lemah seperti kami
Takut apa yang mungkin terjadi..

Menangislah hati kami !!
Terus tenggelam dalam perzinaan..
Meranalah diri kami !!
Menanti balasan perit dari Allahu Rabbi...


#RasaHatiKamiYang TakTerdayaKamiTanggung :'(



mama

21 tahun yang lalu
Selama 9 bulan 10 hari
Dirimu menumpangkan aku di rahimmu
Memberikan aku tempat berlindung

Engkau menahan segala kepenatan
Kepenatan hasil dari pembesaranku
Semakin memberatkan rahimmu
Semakin menenganggkan kulitmu

Engkau tidak berputus asa
Memberi aku segala nutrient
Melalui permakananmu
Agar aku sihat

Kau tetap bersabar
Walau sakit dan letih
Menahan tendangan dan ragamku
Di dalam rahimmu

Tanggal 9 April 1992
Telah tiba masanya
Masa untuk kau berjuang
Memastikan aku lahir ke dunia ini
Melihat keindahan ciptaan Ilahi

Kau berjuang sepenuh tenagamu
Mempertaruhkan nyawa
Demi aku !!
Kau dalam saat
kesakitan dan kerisauan
Apabila aku mula membuat hal
Yang mungkin boleh meragut nyawaku sendiri
Kau teruskan perjuangan
Pantang mengalah sebelum berjuang

Takdir Allah
Kau menang dalam perjuangan
Melahirkan aku
puteri bongsumu

Hari demi hari
minggu demi minggu
bualn demi bulan
tahun demi tahun

Kau terus menjagaku
Melindungiku
Menyayangiku
Membelai dan memanjakan ku

Kau bersabar dengan perangai ku
Terlalu banyak aku mencabar kesabaranmu
hingga satu saat
perangaiku menjadi punca
Naiknya darahmu
Hanya tuhan sahaja yang tahu
Bertapa rasa bersalahnya aku..

Aku akui
dalam ramai2 anakmu
Akulah yang paling susah dilentur
paling menguji kesabaran
paling merisaukan


Wahai mama
Engkau lah wanita dan mama yang terbaik
Walau teruk pun perangaiku
Aku tetap mencintai dan menyayangimu
Hingga ke jannah
Tanpamu tiadalah aku di sini

Mama
hari-hari adalah hari ibu buatmu
i will not wishing u a mother day for one day only
but i will said i love you so much for everyday
i have no money to buy you a present for mother day
but i have time to recite a du'a for u everytime in my solat.

Love you mom.
muahhhxx




Insan Lemah


Lemahnya insan ini
Menangis seorang di kala subuh sunyi
Pada siapa ingin dikongsi rasa hati?
Hanya padaMu ya Rabbi



Telah bertahun lamanya
Aku pergi terlalu jauh
Meninggalkan perintah !!
Melaksanakan larangan !!
Menderhakanya diri
Pada Allahu Rabbi



Kini diri kembali pulang
Pada Allah tuhanku
Tekad di hati
Tinggalkan larangan !!
Laksanakan Perintah !!
Mentaati Allahu Rabbi



Lemahnya insan ini
Sungguh rasa tak mampu menghadapi
Terlalu rapuhnya hati
Menangis bila di uji
Lalu padaMu Allahu Rabbi
Ku memohon seribu kekuatan..\










LOVE ALLAH
LOVE MUHAMMAD
LOVE ISLAM



kekesalan di hati

Di subuh hari
Yang sunyi dan sepi
Aku menangis keseorangan
Dilatari alunan indahnya lagu keIslaman



Aku kesali kesilapan nan lalu
Telah hilangnya cahaya Islam pada batinku
Gelaplah jiwa ini
Tercalit dek noda dan dosa



Aku kesali kesalahan nan lalu
Telah kotor nya hati
Diselaputi hitamnya  dosa
Tenggelam dalam dunia sementara



Kini aku bangkit kembali
Berjuang menginsafi diri, menyucikan hati
Mencari kembali Fitrahku, Tuhanku, Rasulku
Masihkah ada kesempatan buatku Ya Rabbi?



Istiqamah
Senjata dalam perjuangan
Jangan mengalah ! jangan  Berpaling kembali !
Manisnya kemenangan  pasti tercapai
In Shaa Allah









LOVE ALLAH
LOVE MUHAMMAD

Astaghlfirullah .... Zalimnya Aku





Sepasang mata... Kurniaan ALLAH
Bersinar cantik
Bisa melihat sejelasnya
Lalu ku gunakan mata ini
Melihat perkara yang haram
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!





Mulut dan lidah...  kurniaan ALLAH
Dengannya ku dapat berkata-kata
Lalu ku gunakan dua nikmat ini
Berkata perkara yang haram
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!





Sepasang telinga...Kurniaan ALLAH
Diciptakan untuk mendengar
Lalu ku gunakan telinga ini
Mendengar perkara yang haram
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!





Sepasang tangan... Kurniaan ALLAH
Dicipta sempurna 5 jari setiap satu
Mampu membuat apa sahaja
Lalu ku gunakan tangan ini
Mengerjakan Perkara yang haram
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!





Sepasang kaki... Kurniaan ALLAH
Tercipta sempurna kukuh
Dapat melangkah ke seluruh tempat
Lalu ku gunakan kaki ini
Melangkah ke  tempat yang haram
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!





Nikmat kurniaan ALLAH
Yang mana lagi
Nak aku dustakan ???
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!






Tidak malukah aku pada ALLAH ??
al-Alim yang maha mengetahui
al-Basir yang maha melihat
Segala apa yang aku kerjakan
Astaghfirullah !! Zalimnya aku !!






Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Ghaffar
ku mohom keampunan dari MU
La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zolimin
Tidak ada Tuhan
Yang sebernarnya disembah
Melainkan engkau Ya ALLAH
Sesungguhnya..
Aku adalah dari golongan
orang yang membuat zalim
Astaghfirullah !!


LOVE ALLAH
LOVE MUHAMMAD



















Thursday, April 18, 2013

cita-cita dan impianku

 
 
 
Ya Allah,
aku berniat untuk berpakaian sesempurnanya Ya Allah,
Aku ingin melabuhkan hijabku,
Aku ingin melonggarkan pakaianku,
Aku ingin menutup auratku,
 
Ya Allah
Aku bercita-cita dan memasang impian untuk menjadi muslimah yang sejati,
Aku bercita-cita ingin menutup apa yang patut di tutup,
Aku bercita-cita menjadi sesorang yang menyejukkan pandangan mata Ibu dan Ayahku.
 
Ya Allah
Aku bercita-cita dan berimpian bergini untuk menunaikan perintahMu,
Kuingin melakukannya keranMu Ya Allah.
 
Ya Allah
Andai niatku kau redhai dan berkati
Kau permudahkan lah perancanganku ini,
Kau percepatkan lah perjalananku ke arah pemakaian yang sempurna ini Ya Allah,
Dan apabila telah berubahnya penampilanku nanti Ya Allah,
Kau perkuatkanlah diriku dalam menghadapi tohmahan insan yang tidak pernah berpuas hati dengan kebaikan.
Kau perkuatkanlah hatiku,imanku,jiwaku dari godaan nafsu dan hasutan Syaitan laknatullah..
 
Semoga diriku,niatku dirahmatiMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

mencari jalan pulang

   Aku terjaga dari tidurku, lalu ku pandang sekelilingku, ku lihat keindahan dunia, kesenangan dunia, keseronokan dunia yang aku kecapi sekarang.Aku memiliki segala yang aku inginkan dalam hidup ini, tetapi, mengapa aku tidak pernah merasakan ketenangan yang berpanjangan? kenapa aku tidak merasa bahagia yang kekal menghiasi hidupku?mengapa?
   Aku melihat lagi sekelilingku, aku tersedar yang aku berada dalam kegelapan yang maha gelap!di mana aku!? di mana? kenapa aku berada di sini? mana Ibuku? mana Ayahku? mana keluargaku? mana sahabat-sahabatku? mana si cinta hatiku? mana mereka semua? kenapa aku sendirian dalam kegelapan yang menakutkan ini?
    dummm...dummm..guruh berdentum, arghh aku takut..aku takut..Hujan turun menghentam bumi yang penduduknya sentiasa alpa dan leka dalam mengerjakan perintah Tuhannya Penciptanya, angin menggila membantai apa sahaja yang dicapainya.kilat menyambar tanah tempat manusia yang tidak mengerti erti syukur berpijak.Guruh, hujan, angin, kilat dan ribut mengganas seolah-olah memberitahu bertapa marahnya yang Maha Berkuasa Allah S.W.T..
     Aku bersendirian dalam kegelapan yang membunuh keberanianku, menggapai-gapai mencari jalan keluar.Aku seolah-olah buta, aku tidak dapat melihat walau satu pun yang ada disekelilingku.Aku perlukan cahaya! mana cahaya ? mana cahaya ? berikan aku cahaya ? aku memerlukan cahaya buat menerangi jalanku. Allah bantu aku ya Allah. Aku ingin keluar dari kegelapan ini ya Allah , aku takut, aku takut Ya Allah.
     "Hahaha..hahahah"
Si..si..siapa itu?
     "Aku adalah engkau..hahaha"
Apa..apa kau cakap ni? siapa kau ? Ya Allah bantulah aku,,
    "Aku adalah engkau, kau takut akan kegelapan ini?. kau ingin tahu di mana engkau berada?"
Di..dimana aku?aku takut..
     " sebelum itu kau lihat lah siapa diri engkau"


Selama 21 tahun aku hidup di dunia penuh keseronokan ini.Apa yang aku inginkan? haha semestinya aku nak bergembira dengan keseronokan dunia ini..Aku suka makan sepuas hati aku, aku suka keluar bergembira tak ingat dunia, aku suka menyanyi bersama rakan-rakan aku,aku suka bergelak ketawa..Gosip?sudah Solat? Erk..aku..aku..aku tak ingat berapa kali je yang aku solat..Aku..aku solat bila aku aku sedih..aku solat bila aku nak exam, aku solat bila aku susah,aku solat bila aku kecewa..Tapi bila aku senang, gembira aku..aku tinggalkan semua tu..

Aku pernah banyak kali nak berubah, tapi aku sering kali jatuh tersungkur semula ke dunia penuh dosa aku.Aku tak mengerti kenapa ini yang terjadi..

  "kau lihat bertapa banyak dosa yang telah engkau lakukan, belum lagi dosa kau pada kedua ibubapa kau..ini..kegelapan ini adalah hati mu, jiwamu fikiranmu yang telah diselaputi banyaknye bintik hitam dengan segala apa yang telah engkau kerjakan selama hidupnya engkau dimuka bumi ini sehingga ia menjadi gelap segelapnya..hahahah..hahahah..hahahhaha"

Tidakkkkkkkk..tidakk aku ingin keluar dari kegelapan ini..tolonglah aku...aku ingin keluar dari sini..tolonglah aku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku memohon keampunan dariMu Ya Allah.Kurniakanlah aku sinar cahaya keimanan, sinar cahaya keinsafan..Ya Allah ampunkan segala dosa yang telah aku lakukan seumur hidupku.aku ingin mencari jalan pulang Ya Allah..bantulah aku hambamu yang sentiasa menzalimi diri sendiri,hamba yang sering kali leka dengan dunia yang sementara ini..ampunkanlah aku Ya Allah...temukan aku dengan cahaya keimanan dan keinsafan buat menyuluh perjalan ku mencari kententeraman dan ketenangan jiwa dan hati yang berpanjangan serta mencari keredhaanMu Ya Allah.



# hati yang tidak tenteram ingin mencari jalan pulang

Friday, June 22, 2012

  Penantian yang panjang memerlukan kesabaran yang tinggi,
Sepanjang penantian pasti akan muncul pelbagai dugaan dan rintangan untuk diharungi,
Jika lemah pasti akan tersungkur separuh jalan,
Penat lelah akan menjadi teman setia,
Tetapi bagaimana pengakhirannya ?
setelah segala nya ditempuhi?
Jika sia-sia sahaja sebuah penantian tentu rasanya akan menjadi terlalu perit untuk di telan.
Jika pada akhirnya ia memberi hasil yang menggembirakan tentu sahaja kebahagiaan di miliki
hilang segala lelah..

Saturday, May 19, 2012

korang boleh cakap apa yang korang suka,
korang boleh buat kesimpulan atas apa yang korang rasa,
Korang boleh menghukum  atas apa yang korang nilai,
Korang boleh boleh fikir apa yang korang nak fikir,
Korang boleh letak nilai perasaan aku dekat tahap mana pun,
Korang boleh gelar aku dengan apa sekali gelaran pun,
Korang boleh rasa pe saja yang korang rasa tentang aku,
Korang boleh pandang aku dengan apa pandangan sekalipun,
korang boleh benci aku kalau korang rasa nak benci aku,
Korang boleh buat apa saja,

TAPI !!

Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati aku
Hanya Allah yang memahami apa yang ada dalam hatiKu !!
Maaf kalau selama ini aku banyak buat salah,
Menyinggung Hati sesiapa pun.
Maaf...

Sakit nye....sakit sangat2...
Rasa macam hampir nak putus asa,
Rasa macam takde harapan ,
Rasa macam takde peluang langsung.
Rasa seperti tiada tempat untukku..

Kenapa ada rasa seperti ini?
Kenapa jadi lemah tiba2?

Ya Allah,
Hanya engkau yang mengetahui ,
ada satu perasaan yang jujur dan ikhlas,
hadir dari dalam hatiku tanpa aku sedari,
Setahun lebih
cukup untuk buat ia berkembang pesat.
Tak mungkin dapat dibuang,
Kerana ia terlalu tulus dan sejati.
Apa pun terjadi,
Andai kata bukan untukku,
Engkau kekalkan lah ia dalam hatiku,
hingga aku melangkah ke syurgamu.
InsyaAllah..

Ya Allah,
Hanya engkau yang mengerti,
Ada satu rasa yang sangat menyakitkan,
Tapi takkan mungkin dapat atasi,
Rasa sakitnye sakaratul maut, sakitnya azab seksaMu.
Sakit yang aku rela rasai nya,
Biar sakit , biar pedih,
Aku masih lagi tersenyum,
Aku masih mampu berbahagia,
Kerana perasaan yang jujur,ikhlas dan tulus itu ada dalam hatiku,
Jika dihargai aku bersyukur,
Jika tidak dihargai aku bersyukur,
Aku berdiri teguh menahan kesakitan itu,
Tapi adakalanya aku tersembam ke tanah,
Tak mampu memikulnya seorang diri,
Tapi ku gagahi.
Semoga kesakitan ini tidak menjadi sia-sia untuk aku merasainya.

Ya Allah,
Kuatkan hatiku  ,
Keraskan jiwaku ,
Kentalkan semangatku ,
Luaskan keyakinanku ,
Tabahkan diriku yang lemah,
Teguhkan dan kekalkan perasaan ku ini jangan sampai melebihi perasaanku padaMu,
Berkati perasaan ku ini pada dia..






Wednesday, May 2, 2012

Ujian Perasaan


Ya Allah, ya tuhan ku, kau menguji hati dan perasaanku, mampukah aku menanggungnya ? Ya Allah, aku tahu kau takkan membebankan hambamu seandainya hambamu tidak mampu memikulnya..
Tapi aku keliru..
Perlukah aku melukakan hatiku demi kebahagiaan insan lain?
Demi menyenangkan kekasihku?
Tapi akan bahagiakah kekasih ku?
Akan senangkah perasaan kekasih ku?
Ya Allah kuatkan lah hati dan perasaan ku ya Allah..
Ya Allah , kau bantulah aku dalam mengawal rasa cemburuku,
Ya Allah, kau peluklah hati ku,
Ya Allah, janganlah kau biarkan hati ku menangis.
Ya Allah, kurangkanlah rasa sakit ini,
Ya Allah, andai ini hukuman buatku,aku terima dan aku akan hadapi dengan ketabahan
Ya Allah, kau izinkanlah rasa cinta ini terus mekar dalam hatiku, kau satukan lah hatiku dan hati dia di jalan mu ya Allah.tetapi janganlah kau biarkan rasa cinta aku dan Muhamad Allif  melebihi rasa cinta kami padamu ya Allah.Ya Allah redhai dan berkati cinta ku kepada Muhamad Allif,dan cinta Muhamad Allif kepada ku.Satukan cinta kami di jalan mu, kekalkan cinta kami hingga ke syurgamu ya Allah..

Cinta Syurga



Mampukah aku sekuat Ali bin Abi Thalib,
yang berkorban perasaan demi kebahagian Fatimah binti Muhammad,puterinya Rasul Allah insan yang di cintai tatkala tersinggah khabar berita peminangan dari Abu Bakar As Sidiq tetapi ditolak Rasulullah,.Baru rasa tenang datang pula pinangan dari Umar al khatab.Walau kecewa, tapi demi kebahagiaan Fatimah, dia berkorban..Tapi akhirnya cinta Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad bersatu dan direstui Rasulullah.
Mampukah aku tersenyum,seperti Salman, yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah .
Salman mampu tersenyum tatkala lamarannya ditolak oleh seorang gadis ansar,tetapi sebaliknya si gadis hanya ingin menerima lamaran dari sahabat Salman yang mewakilkan lamaran Salman.

sesuatu yang aku tak pernah rasa dulu

Dulu setiap kali mama suruh solat, aku rasa malas sangat, aku selalu mencipta pelbagai alasan. Aku selalu mengelak bila mama tanya pasal solat..
Aku tak bangun bila orang kejot suruh solat, Aku buat tak dengar je bila orang cakap pasal solat.
Tapi kini,
Bila aku setiap hari solat, aku cuba dekatkan diri aku dengan Allah, aku sentiasa fikirkan kematianku,
Aku jadi seronok solat,setiap kali aku tertinggal solat, aku rasa takut sangat, aku rasa sedih,.Aku rasa goyah amal kebaikan yang aku buat.dek kerana tak cukupnya tiang agamaku.
Perasaan ini,aneh yang menyenangkan..
Sesuatu yang tak pernah aku rasa dulu..

Tuesday, May 1, 2012

Terima kasih kekasihku

Terima Kasih Kekasihku
Wahai Muhamad Allif,
Kau menerima diri ini seadanya.
Pada saat kau kenal ku kerana baiknya aku,kau menjadi sebahagian dariku,sentiasa ada denganku.
Kau terima dangan ikhlas bila kau tahu buruknya diri ini.Tanpa kau mengelak dan menjauhi aku,
Bila diri ini meluahkan rasa ingin berubah,kau menerimanya dan menyokongku tanpa menggelakkan ku,
Malah, kau turut sama ingin mengikut ku.
Kau membuktikan yang kau ikhlas dan jujur mencintaiku,
Terima kasih wahai kekasihku.
Kita akan sentiasa saling ingat dan mengingat kan antara satu sama lain.
Kita akan saling tegur dan menegur.
Kita akan sama-sama berubah ke jalan Allah.
Semoga Cinta kita bersatu di Jalan Allah..Amin

Transformasi

Transformasi bukan citer transformers tu ek...
Aku rasa dah tiba masa untuk aku berubah, sampai bila aku nak terus hidup dalam kegelapan, sampai bila aku nak tangguhkan perubahan aku? Manusia makin lama makin tua makin menuju kematian.Kita tak tahu bila masa ajal kita sampai,sempat atau tak kita bertaubat nanti.
Aku sedar, selama ni aku Cuma mementingkan diri, aku buat dosa, aku tinggal kan solat fardhu tiang agama aku.Aku ingat dosa aku aku tanggung sendiri tapi aku lupa,mama dan ayah juga akan merasa tempias dari dosa yang aku lakukan..Tidakkkk !!! aku tak rela !!!!
Selama ini, aku solat masa aku susah je, bila aku senang, aku lupa Allah, patot lah kawan=kawan cari aku masa diorang susah je,masa diorang senang diorang lupakan aku, sebab itu gak yang aku buat pada Allah tuhan yang mencipta aku.
Apa lagi yang aku tunggu?petunjuk dari Allah? Dah bermacam-macam petunjuk Allah bagi.Sehinggakan Allah beri petunjuk gempa dan tsunami adakah masih belum cukup lagi??
Adakah aku mahu tunggu saat dunia sampai ke penghujungnya?saat kiamat tiba? Masa tu aku dah tak boleh nak ubah apa-apa dah.
Ya aku akan ubah diri aku ke arah kebaikan.
Terima Kasih wahai kekasihku ,kerana dirimu sentiasa menyokong setiap apa yang aku lakukan.
Terima kasih kerana kau menerima aku seadanya, kau terima buruk dan baikku..
Ye kita akan sama-sama mencari keredhaan Allah..
Kita akan sama-sama mencari jalan Allah.
Semoga niat suci kita diredhai dan diberkati..Amin

Petunjuk

“weh,hati-hati ya,jaga diri.Aku mimpi kau mati dalam tandas”..Kata eira
Hmm..kenapa dia perlu mimpi aku mati dalam tandas tempat yng kotor, xda ke tempat yang bersih dan indah sikit ke kalau pun nak mimpi aku mati. Ohh, aku pun kotor hati,gelap hidup ada hati ke nak mati secara bersih?
“ya Allah ampun kan aku,beri aku peluang untuk berubah ya Allah,aku takut” suasana terlalu bising, semua orang menjerit melarikan , bumi sudah terlalu tua...aku takut...arggghhh ! aku terjaga,aku bermimpi rupanya..
kenapa aku mimpi kiamat?kenapa aku menangis-nangis minta peluang untuk berubah?
Sejak kebelakangan ni, banyak berita budak poli koma, meninggal sebab kemalangan, kesian ada yang xsempat nak amik final exam.ada yang dah nak last sem dah pun
Hmm.bila pulak ajal aku akan tiba?sempat tak aku bertaubat?
Aku tengah baca artikel Diana Amir dalam majalah remaja,dia cakap dia berubah lepas dia dapat mimpi kiamat sebanyak 3 kali.
Aku pun mimpi kiamat...
Bila aku dengar ceramah,ada masa nya aku akan menangis dengar ceramah,aku takut bila aku dengar ceramah tentang agama.
Hm..Aku masih ada peluang untuk berubah ke?
Gempa dekat poli, amaran tsunami
:aku terfikir kalau betul terjadinya tsunami benda terakhir yang aku buat adalah aku xsemayang aku tidur lepas azan tanpa aku semayang.
Tengah berkumpul dekat padang tenis masa gempa,ada awan besar di langit membentuk tapak tangan,
Hm..syu kata kalau betul itu tapak tangan bermakna itu nama allah, dekat tangan kita ada nama allah..indah ciptaan allah.

Aku tahu semua yang terjadi pada aku,takkan berlaku kalau Allah tak kata ia nya berlaku, kun fayakun..Jadi semua tuh Allah beri aku rasa bukan untuk saja-saja kan?Ada hikmahnya kan? Allah beri petunjuk supaya aku sedar dari tidur yang lena, supaya aku ingat balik kenapa Allah ciptakan aku..Supaya aku ingat balik tanggungjawab aku sebagai umat Islam,umat Nabi Muhammad..

gempa


Hingar bingar suara orang membuatkan tidur aku terganggu.Arh,bisingnya diaorang ni !
”Wehh,bagunlah  ! “ .Lantang suara Izzah mengejutku dari mimpi indahku,dan entah mengapa aku rasa bagai api disimbah minyak hitam,membuatkan kemarahanku tiba-tiba hadir bagai taufan.
Sambil mencampak selimutku ketepi aku berkata “Ish,kau apahal..!” .Terlontar suara kasarku kepada roomate ku merangkap sahabatku.
”Bangunlah, turun bawah. Kau tak dengar ke semua orang dah kelam kabut turun bawah?”.Tergambar riak kegeraman di wajah Izzah.
Aku pula masih dengan angin buruk ku,terus bangun dan menyarung tudung.
”kenapa kena turun?.”Masih lagi tidak puas hati mengapa aku perlu dikejutkan dari mimpi yang indah.
“Ada gempalah, bagunan bergegar..”
Aku tidak mampu berkata apa-apa,mungkin kerana terkejut atau tidak percaya aku hanya mampu mendiamkan diri, dan entah mengapa timbul rasa bersalah di hati ku kerana telah menengking roomateku yang hanya berniat untuk mengejutkan ku.Malah terdetik di fikiranku, andai runtuh bagunan ni, aku mungkin telah mati tertimbus jika bukan dia yang mengejut aku yang terlalu lena.
Kami bergegas turun ke bawah dan berkumpul di hadapan blok B3.Aku masih mendiamkan diri mendengar sahabat-sahabatku bercerita.
“Syu rasa pening je tadi,tiba-tiba je..” luah hati sahabatku syu.
“Aku pulak mula-mula tengok katil bergerak-gerak, aku fikir gak,takkan eiryn tidur sampai bergerak katil,lepas tuh aku tengok air dalam botol atas meja berkocak, tu aku dah agak dah tu..” kata roomateku Izzah.
Tergambar riak kerisauan di wajah sahabat-sahabat ku malah di wajah penghuni blok B3 yang lain.Aku kemudian rasa kepala ku pening dan apa yang ada di fikiran ku adalah untuk menghubungi mama yang tercinta.Aku mencerita kan apa yang sedang aku alami pada mama, bukan niat untuk merisaukan hati mama, tapi lebih kepada untuk mendapatkan sedikit ketenangan dengan mendengar suara insan yang melahirkan aku.
Sedang dalam perjalanan ke padang yang tidak sejauh mana, terdengar suara lantang ecah,“Ha,siapa yang belum solat tadi ! mengucap banyak-banyak weh,takut tak sempat bertaubat je nanti,hahaha”
Walaupun dia gelak sambil bercakap, tapi hatiku rasa gementar, aku takut.Mengapa? kerana aku tidak semanyang dari subuh hinggalah pada waktu ini pun aku belum semanyang.
“Adik, aku takut.Kita ni dah banyak buat dosa,sempat ke kita nak bertaubat?..” aku meluahkan rasa takut ku..
Pada saat ini, timbul kesedaran dalam diri aku, bertapa selama 20 tahun Allah pinjamkan aku nyawa , untuk aku membuat kebaikan di dunia,tapi apa yang aku lakukan hanyalah keburukan ! kejahatan ! kezaliman ! dan semuanya hanyalah dosa ! Adapun kebaikan yang aku lakukan apalah ertinya andai tiang agama ku runtuh menyembah bumi.
Selama ini bila aku semanyang yang kadang-kadang tu,aku selalu mintak Allah  bagi aku petunjuk untuk berubah.Rupanya selama ni Allah  dah banyak bagi aku petunjuk, tapi aku  je yang buta, buta hati ! Petunjuk yang paling besar Allah tunjuk pada aku ialah gempa yang berlaku dan amaran tsunami.

Friday, March 16, 2012

WHAT I KNOW ABOUT YOU

  1. YOU LOVE EIRYN SO MUCH
  2. AWAK TAK BOLEH HIDUP TANPA EIRYN
  3. YOU ARE CRAZY BOY CAUSE YOU LOVE CRAZY GIRL.
  4. AWAK AKAN RINDUKAN EIRYN BILA DIA TAKDE NANTI
  5. AWAK LAHIR PADA 13 FEBRUARI 1990 HARI SELASA.
  6. AWAK ANAK KEENAM DARI LAPAN
  7. AWAK ADA 4 ORANG KAKAK,SORANG ABANG.SORANG ADIK PEREMPUAN DAN SORANG ADIK LELAKI
  8. AWAK TAK TERLALU RAPAT DENGAN ADIK BERADIK SENDIRI,SBB AWAK PEMALU.
  9. AWAK TAK BOLEH TUNGGU LAMA2 SAMPAI 20 MINIT TANPA ALASAN YANG LOGIK.
  10. AWAK SANGAT AMBIL BERAT PASAL SEMUA ORANG
  11. AWAK TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG
  12. AWAK ALERGIK MAKAN AYAM
  13. AYAM ADALAH MAKANAN KEGEMARAN AWAK
  14. AIR LIMAU ASAM ADALAH MINUMAN KESUKAAN AWAK.KALAU BOLEH SAMPAI 10BIJI LIMAU AWAK NAK.
  15. AWAK CEMBURU KALAU ADA ORANG KACAU AWEK AWAK
  16. AWAK KUAT MERAJUK
  17. AWAK NAMPAK LEMBUT TAPI SEBENARNYA GARANG
  18. AWAK TAKKAN PERNAH MENGAKU YANG AWAK TENGAH MARAH TAPI AWAK AKAN BUAT SOMETHING YANG MENUNJUKKAN AWAK MARAH.
  19. BILA AWAK MARAH,AWAK AKAN ULANG ARAHAN YANG SAMA BANYAK KALI.CTH: awakkan sibuk,awak pergi lah buat kerja awak...(awak akan sent ayat ni banyak kali walaupun org kata org tak sibuk)
  20. AWAK SUKA WARNA MERAH
  21. AWAK TAK SUKA ORANG SAKITKAN HATI AWAK
  22. AWAK BOLEH TERIMA EIRYN SEADANYA
  23. AWAK TAK SUKA KALAU AWEK AWAK BOROS
  24. KALAU AWAK KELUAR,AWAK SUKA TENGOK KEDAI KASUT DAN BAJU..
  25. AWAK SUKA BERSUKAN.
  26. AWAK SEORANG YANG PEMALU
  27. BILA AWAK MALU,MUKA AWAK MERAH
  28. BILA MAKAN ,AWAK AKAN BERPELUH
  29. BILA DALAM KAWASAN YANG ADA AIRCOND AWAK AKAN MENGANTUK.
  30. AWAK SELALU CAKAP DEKAT EIRYN JANGAN BAIK SANGAT DENGAN ORANG..TAPI AWAK PUN SAMA..
  31. AWAK SANGAT PERAMAH DENGAN ORANG
  32. AWAK TAK SUKA ORANG LARANG AWAK BUAT APA PUN SEDANGKAN ORANG TU BOLEH BUAT PE YANG AWAK XBOLEH BUAT..
  33. AWAK TAK PANDAI MEMUJUK..HEHE
  34. AWAK SUKA MINTAK MAAF SEDANGKAN BENDA TU BUKAN SALAH AWAK
  35. AWAK TAKKAN PANDANG PEREMPUAN SEBAB AWAK MALU
  36. AWAK SUSAH NAK MARAH ORANG TAPI SEKALI MARAH SANGAT MENAKUTKAN
  37. AWAK TAK SUKA MAKAN SAYUR,TAPI SAYUR DLM BURGER AWAK MAKAN
  38. AWAK SUKA BERGAMBAR
  39. BILA MAKAN ROTI CANAI,OR ROTI SARDIN, AWAK SUKA MINTAK KUAH BANJIR,,
  40. AWAK SANGAT SAYANGKAN ANAK BUAH AWAK TERUTAMA RAYAN DAN MARISA
  41. AWAK SAKIT HATI BILA HATI EIRYN DISAKITI
  42. AWAK TAK SUKA LELAKI PANDANG AWEK AWAK
  43. AWAK ADA TAMAN BUNGA DALAM HATI
  44. AWAK CEPAT LUPA .(DA TUE KAN..WEK)
  45. BILA EIRYN BADMOOD,AWAK PUN AKAN TURUT BADMOOD
  46. BILA AWAK KELUAR MELEPAK MALAM2 SELALUNYA PALING AWAL AWAK AKAN BALIK PUKUL 12,PALING LEWAT PUKUL 2.
  47. MALAM2 KALAU XLEPAK DENGAN KAWAN2,AWAK AKAN MAIN BADMINTON DENGAN ABANG IPAR AWAK.
  48. KALAU AWAK CAKAP AWAK TENGAH TENGOK TV,SELALUNYA MESTI AWAK TENGOK SPORT,RAJA LAWAK ATAU PUN AWAK TENGOK KARTUN DENGAN ANK BUAH AWAK.
  49. AWAK KALAU DUDUK SORANG2,MESTI FIKIRAN AWAK MELAYANG FIKIR MACAM2.
  50. AWAK TAK BOLEH TENGOK EIRYN MENANGIS
  51. AWAK TAK BOLEH MARAH EIRYN LAMA2
  52. AWAK MESTI RISAU KALAU EIRYN NAK PERGI MANA2,LAGI2 PERGI SORANG2.
  53. AWAK SUKA BACA LUAHAN SUKA DUKA RYRYN BILA AWAK ADA MASA.
  54. WALAU MACAM MANA MARAH PUN AWAK PADA EIRYN,AWAK TETAP AKAN MESEJ EIRYN
  55. WALAU MACAM MANA MARAH PUN AWAK PADA EIRYN AWAK TETAP AKAN CARI EIRYN
  56. AWAK TAK SUKA EIRYN FIKIR OR  CAKAP BUKAN2 CTH;CAKAP PASAL MATI,PASAL HILANG.
  57. AWAK SUKA BILA EIRYN PUJUK AWAK,SEBAB AWAK RASA DIRI AWAK BETUL2 DISAYANGI.AWAK CAKAP EIRYN IKHLAS.
  58. AWAK TAK SUKA MAKAN UBAT,TAPI SUKA SURUH ORANG MAKAN UBAT
  59. AWAK SUKA MAKAN,TAPI AWAK NAK DIET
  60. AWAK AKAN PENING BILA TIDO TENGAH HARI
  61. BILA KELUAR,AWAK SELALU PERGI TANDAS..HEHE
  62. AWAK SUKA DENGAR LAGU
  63. AWAK TAK BANYAK CAKAP.KALAU DENGAN EIRYN LAGI TAK BANYAK CAKAP SEBAB AWAK KATA AWAK TAKDE RUANG NAK MENCELAH
  64. KALAU AWAK TAK DAPAT MAKAN AYAM,TELUR AYAM PUN JADILAH
  65. AWAK TAK SUKA MEMBACA
  66. AWAK SUKA TIPU CAKAP EIRYN CANTIK
  67. ANAK BUAH AWAK PANGGIL AWAK BA
  68. KAWAN2 AWAK PANGGIL AWAK BABYFACE ATAU PUN SINCHAN
  69. HOBI AWAK ADALAH MENIRU EIRYN..WEKK
  70. KALAU EIRYN TANYA AWAK OK TAK,AWAK AKAN CAKAP OK SEDANGKAN AWAK TAK OK.
  71. BILA AWAK DAH BENCI ORANG,SUSAH AWAK NAK BAIK BALIK DENGAN ORANG.
  72. AWAK SEBENARNYA CINTA DAN SAYANG SANGAT2 DEKAT EIRYN,TAPI..
  73. AWAK NAK GRAD SAMA2 DENGAN EIRYN.
  74. AWAK SUKA BILA EIRYN CAKAP DIA CINTAKAN AWAK
  75. AWAK SUKA NGANTOK DALAM KELAS
  76. AWAK PALING TAK SUKA MATH
  77. AWAK SUKA MENGENAKAN ORANG TERUTAMANYA EIRYN..HEHE.
  78. AWAK AKAN JAGA HATI DAN PERASAAN EIRYN SEBOLEH2 NYE.
  79. AWAK AKAN MERAJUK KALAU ORANG LAMBAT REPLY MESEJ.
  80. AWAK MESTI RASA SUNYI DAN HILANG ARAH KALAU EIRYN SENYAP DAN TAK BANYAK CAKAP DENGAN AWAK KAN?
SAYA TAK LARAT NAK TAIP SUME YANG SAYA TAHU MENGENAI AWAK...BANYAK SANGAT..

TAPI SAYA NAK AWAK TAHU SATU JE PASAL SAYA IAITU

"SAYA CINTA DAN SAYANG KAN AWAK SEPENUH HATI SAYA BUAT SELAMANYA"